in

4 Teknik Menjemput Rezeki Dengan Membaca Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah Menjemput Rezeki

Menjemput rezeki mempunyai banyak cara untuk diamalkan. Hanya mahu atau tidak mahu sahaja, rajin atau tidak. Semuanya terpulang atas diri kita sendiri. Salah satunya adalah teknik menjemput rezeki dengan membaca surah Al-Fatihah.

TEKNIK MENJEMPUT REZEKI

Lazimkanlah diri kita membaca surah Al-Fatihah. Surah ini semua orang islam tahu membacanya. Tiada alasan jika ada yang mengatakan tidak tahu membacanya kerana ia merupakan surah yang dibaca di dalam solat yang merupakan perkara rukun.

Al Fatihah
Surah yang wajib di ketahui dan dibaca oleh umat islam

Amalkan surah Al-Fatihah mengikut kaedah yang anda rasa mampu. Kerana setiap orang mempunyai kesibukan masa yang berbeza. Sibuk macamana pun jangan dlupakan amalan mudah menjemput rezeki ini.

KAEDAH MEMBACA AL-FATIHAH

Teruskan membaca beberapa kaedah di bawah. Semoga anda semua boleh beramal dengan memilih mana-mana kaedah yang anda rasa anda boleh.

membaca al fatihah
Kaedah Pertama adalah antara solat sunat subuh dan solat fardhu

Kaedah Pertama

Membaca surah Al-Fatihah diantara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh. Baca surah ini sebanyak empat puluh satu (41) kali. Jangan pula lupa baca Bismillah.

Kaedah Kedua

Baca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh (7) kali setiap kali anda selesai melakukan solat lima (5) waktu. Kalau tidak solat, bagaimana untuk diamalkan. Jika mahu amalkan, kenalah buat yang wajib dulu.

 cara menjemput rezeki
Baca selepas menunaikan solat fardhu

Kaedah Ketiga

Baca diwaktu tengah malam. Ia sesuai dibaca semasa anda bangun tengah malam untuk melakukan Solat Sunat Tahajjud. Bacalah surah ini sebanyak empat puluh satu (41) kali.

Kaedah Keempat

Anda boleh pilih mana-mana waktu yang sesuai. Kemudian banyak Surah Al-Fatihah ini sebanyak tiga ratus tiga belas (313) kali. Amalkan selama 3, 5 atau 7 hari.

Nota: Bacalah surah Al-Fatihah ketika anda berada dalam wuduk dan mengadap qiblat.

menjemput rezeki
Anda juga boleh memilih waktu yang sesuai untuk membacanya

PENDINDING KETIKA TIDUR

Surah Al-Fatihah juga adalah surah pendinding ketika kita tidur. Bacalah surah ini sekali, surah 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, Surah An-Nas dan Al-Falaq sekali sebelum anda merebahkan badan dan melelapkan mata.

Insya-Allah amalan ini memelihara anda daripada gangguan syaitan, mimpi buruk, pencuri dan bencana lain seperti kebakaran dan sebagainya.

Semoga artikel Menjemput Rezeki Dengan Surah Al-Fatihah ini memberi manfaat kepada anda semua. Sila kongsi dan like jika anda rasa ianya sebagai salah satu ilmu untuk anda. Jika ianya baik, elok kita sebarkan. Wallahu A’lam.

Suka Viral

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kisah Ainul Mardhiah

Kisah Adik Ainul Mardhiah

Tips Melupakan Orang Yang Tersayang Dengan Segera

7 Tips Melupakan Orang Tersayang Yang Sangat Berkesan