Buasir

Merawat Buasir Berdarah Secara Tradisional

Semua orang tahu tentang buasir. Sangat menderita jika seseorang itu diserang penyakit ini. Apa itu buasir? Kenapa ia berlaku di dubur?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakkan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran ketika membuang air besar.

Siapa yang terkena penyakit ini agak sukar untuk membuat kerja-kerja berat. Lebih menakutkan lagi jika hendak buang air besar, anda akan terkejut bila melihat darah yang keluar dari dubur anda.

Sakit Buasir
Buasir menimbulkan keadaan tidak selesa dalam apa jua keadaan.

PENYEBAB UTAMA BUASIR

  • Meneran terlalu kuat sewaktu membuang air besar (najis keras atau sembelit).
  • Sentiasa duduk dan jarang melakukan senaman.
  • Mencangkung di dalam tandas pada waktu yang agak lama.
  • Batuk yang teruk dan kuat dan ianya kerap berlaku.
  • Kerap cirit-birit yang teruk dan berpanjangan.
  • Mengangkat berat secara berlebihan dan berpanjangan dalam posisi agak mengangkang.
  • Kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Ianya sebagai pelawas.
  • Kurang meminum air putih.
  • Kuat merokok (Lebih 3 batang rokok sehari).
  • Bersalin normal yang tidak teratur.
  • Golongan heteroseksual dan homoseksual (Kes jarang berlaku).

BAGAIMANA MERAWAT BUASIR MENGGUNAKAN HERBA

Terdapat sejenis herba yang sangat mujarab untuk merawat Buasir berdarah sepertimana yang diceritakan oleh Ustaz Md Rosdi Hasan.

Beliau memberitahu orang-orang kampungnya memanggil herba tersebut sebagai pokok Kaduk Gajah.Baunya sangat wangi yang seperti haruman bunga melur.

Beliau memberitahu, pokok kaduk gajah sangat mustajab bagi mereka yang bermasalah dengan penyakit buasir.

Herba merawat buasir
Kaduk Gajah dan Belalai Kelulut

CARANYA SANGAT MUDAH

1. Sekiranya anda bermasalah dengan penyakit buasir ini, ambil akarnya lebih kurang 500 gram dan direbus dengan air sebanyak 1.5 liter air sehingga menidih.

2. Amalkan meminum airnya selama beberapa hari.

NOTA:

Ianya lebih berkesan jika dicampurkan sedikit dengan belalai sarang kelulut. SELAMAT MENCUBA.