in ,

Merawat Demam Panas Secara Tradisional

merawat demam panas

Sebelum kita biacarakan hal merawat demam panas, kita kenalkan dulu tentang demam. Demam merupakan satu tanda sesuatu yang luar biasa sedang berlaku dalam badan anda. Demam biasanya tidak merbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi daripada itu.

Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari.

Bagi anak-anak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum.

merawat demam panas bayi
Suhu yang sedikit tinggi bagi bayi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius

Beberapa ubat-ubatan boleh merendahkan suhu demam, namun adakalanya lebih baik tidak di rawat. Demam memainkan peranan penting dalam membantu badan anda melawan beberapa jangkitan.

Tanda / Gejala

Anda dikira demam apabila suhu badan meningkat melebihi julat normal iaitu suhu normal purata 98.6 F (37°C). Bergantung kepada apa yang menyebabkan demam anda, tanda-tanda demam tambahan dan gejala-gejala termasuk berpeluh, menggigil, sakit kepala, sakit otot, hilang selera makan, dehidrasi, lemah anggota badan dan lain-lain.

cara merawat demam panas kanak kanak
Demam dengan suhu antara 39.4°C HINGGA 41.1°C boleh Sebabkan halusinasi, kekeliruan, mudah marah, sawan dan dehidrasi

Jika anda demam dengan suhu yang tinggi antara 103°F (39.4°C) dan 106°F (41.1°C), ianya boleh menyebabkan halusinasi, kekeliruan, mudah marah, sawan dan dehidrasi.

Tindakan Jika Berlaku Sawan

  • Posisikan anak anda mengiring atau menelentang di atas lantai
  • Jauhkan dari objek-objek bahaya yang berhampiran bagi mengelakkan kecederaan
  • Longgarkan bahagian pakaian yang ketat
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda atau cuba untuk menghentikan sawan itu
    Kebanyakan sawan akan berhenti sendiri. Bawa anak anda berjumpa doktor secepat mungkin bagi menentukan punca demam.
  • Jangan cuba tarik tangan anak untuk dibetulkan ketika sedang kaku (pengalaman sendiri).
  • Panggil bantuan perubatan kecemasan jika sawan berlaku lebih dari 5 minit

Sumber: myhealth

MERAWAT DEMAM PANAS SECARA TRADISIONAL

kami ingin menceritakan bagaimana cara merawat demam panas secara tradisional seperti yang dikongsikan oleh Mohabsi dalam facebooknya. Sila teruskan membaca hingga selesai kerana sedikit sebanyak akan memberikan anda manfaat apabila diperlukan.

Cara merawat demam panas mengikut kaedah orang-orang tua dahulu sangat mudah tetapi wajib mengikut panduan yang betul baru cepat menjadi bila mengamalkan petuanya. Caranya adalah seperti berikut:

cara merawat demam panas bayi
Daun paku resam dan tempurung kelapa

1. Ambil daun paku resam (anggaran dalam seratus gram). Dapatkan tiga biji tempurung kelapa jantan (untuk lelaki) atau tempurung betina (untuk perempuan). Rebuskan daun paku resam dan tempurung dalam periuk hingga mendidih.

2. Apabila air rebusan itu telah mendidih masukkan ke dalam bekas atau baldi. Campurkan dengan air biasa sehingga menjadi suam-suam kuku. Kemudian mandi dengan air rebusan itu dengan bermula dari kaki sampai ke lutut, kemudian dari kaki pula sampai ke pusat, kemudian dari kaki sampai ke bahu, kemudian dari kaki sampai kepala.

3. Amalkan mandi dengan air rebusan itu selama tiga hari berturut-turut. Pada hari pertama bermula jam 7 malam, hari kedua jam 8 malam dan hari seterusnya jam 9 malam. Sebolehnya mandi lah di luar rumah agar wap panas akan keluar dengan cepat semasa mandi nanti.

cara merawat demam panas budak
Asam jawa dan bunga raya dugunakan dalam rawatan ini

4. Bagi mempercepatkan lagi proses keluar panas dalam badan, ambil asam jawa gosokan di seluruh badan dan biarkan selama lima minit baru bilas dengan air putih yang bersih. Panas yang bersarang dalam tubuh kita akan keluar. Anda boleh melihatnya apabila badan pesakit demam panas seolah-olah seperti berasap.

5. Selepas mandi rebus tiga kuntum bunga raya dengan segelas air untuk di buat minuman.

PERINGATAN – JIKA ANDA DEMAM PANAS, JANGAN MANDI PADA WAKTU TENGAH HARI.

Sumber – Mohabsi

Baca Juga – Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi & Kanak-Kanak

Petua Merawat Demam Panas Yang Lain

Ini juga adalah petua merawat demam panas yang Min selalu guna. Jelum (basahkan) kepala dan sapukan seluruh badan dengan air asam jawa. Kemudian masukkan segumpal asam jawa ke dalam kain, dan letakkan di dahi pesakit seolah-olah anda meletakkan “Cool Feever”.

cara merawat demam panas anak
Air asam jawa digunakan untuk disapupada badan pesakit.

Selamat mencuba semoga bermanfaat. In Sha Allah pesakit akan sembuh dengan cepat.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

bengkang ubi kayu

Cara Buat Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus

Pilunya Hati Melihat Rumah Terbakar Hangus Depan Mata