in ,

Mi Segera, Sardin, Minuman 3 In 1 dan Panadol Bahaya?

Siapa kata mi segera, sardin dalam tin, minuman 3 in 1 dan panadol bahaya?

MI SEGERA

Tahukah anda mengapa mi segera mampu bertahan lama dalam keadaan kering dan keras? Apabila direndam dengan air panas ia akan menjadi lembut. Mengapa? Ini kerana wax (lilin) yang menyaluti mi tersebut membuatkan ia tahan lama.

Bahaya Mee Segera
Mi Segera

Anda boleh makan mi segera sebenarnya. Tetapi anda tidak boleh memakannya dengan kerap. Sehari seeloknya hanya sekali anda memakan mi segera. Katakanlah, hari ini anda makan mi segera, keesokannya jika anda terasa sangat nak makan lagi, tolong elakkan.

Anda wajib memastikan anda makan 3 hari selepas itu kerana wax yang menyaluti mi segera mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Cuba anda bayangkan jika anda makan mi segera setiap hari. Berapa banyakkah wax telah terkumpul di dalam perut dan usus anda?

Dengan sebab ini sebenarnya mi segera dikatakan merbahaya kerana jika dimakan berterusan tanpa selang masa yang ditetapkan ia mungkin boleh menyebabkan kanser dan boleh membawa maut.

Bahaya mi segera juga adalah disebabkan kandungan garam dan msg dari perencahnya. Ia merupakan diet yang tidak seimbang jika anda kerap memakannya.

SARDIN DALAM TIN

Ada orang mengatakan jika kerap memakan sardin atau makanan dalam tin akan berisiko mendapat ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Untuk pengetahuan anda. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign (bukan barah).

Bahaya makan ikan sardin dalam tin?
Sardin dalam tin. Adakah merbahaya jika dimakan?

Fibroid tidak merebak ke bahagian lain dalam tubuh manusia. Berdasarkan pemerhatian yang lepas, seolah-olah terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (penyebab kanser) dicampur di dalam tin sardin.

Ia dianggap jika kerap dimakan dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Bahaya yang sebenarnya terletak pada kandungan garam (salt- sodium chloride) dan bisphenol A (BPA) yang tinggi dalam sardin atau makanan dalam tin yang lain. Elakkan memakan makanan yang mengandungi garam yang tinggi kerana boleh menyebabkan darah tinggi.

MINUMAN 3 DALAM 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa sesiapa meminum 20 gelas minuman 3 in 1 dalam masa sebulan berisiko mengidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik.

Awas! Bahaya minum minuman 3 in 1 kerana kandungan gula yang berlebihan
Minuman 3 in 1 bahaya?

Ianya berdasarkan kajian yang dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram. Ianya terdapat 55.6% kandungan gula bersamaan 3 sudu teh.

Manakala pek minuman kopi seberat 20 gram pula mengandungi kandungan gula sebanyak 51.5% bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan juga kadar kandungan gula yang dimasukkan ke dalam pek itu juga ditambah sebanyak dua kali ganda selain dari krimer.

Bahaya yang ada disebabkan kandungan gula yang. Jika kandungan gula terlalu tinggi, berbagai penyakit akan datang termasuk diabetis. Sebenarnya bukan hanya minuman 3 in 1 tetapi semua makanan dan minuman yang terlalu manis. Oleh itu kurangkan gula jika membancuh minuman. Seeloknya lebihkan senyuman.

PANADOL / PARACETAMOL

Panadol dikatakan bertoksik kepada tubuh manusia. Ia boleh merosakkan organ hati dan akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol adalah sejenis “pain killer”.

Bahaya panadol
Panadol dikatakan bahaya pada tubuh manusia. Gambar Hiasan

Jika kita terlalu banyak mengambilnya, lama-kelamaan kesannya akan semakin kurang. Ertinya kita perlukan dos yang lebih lagi.  Kesannya paling dirasai oleh kaum wanita sekiranya ianya sudah kurang berkesan. Apabila mereka akan melahirkan anak, terutamanya secara pembedahan, mereka terpaksa diberi dos yang tinggi untuk menahan sakit.

Jika mengambil terlalu banyak Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup, dos ubat tahan sakit yang diberi tadi tidak memberi apa-apa kesan dan mereka perlu diberi ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Panadol bukan ubat toksik pada badan jika ikut diambil dengan dos yang betul seperti disarankan oleh doktor atau pengeluar Panadol itu sendiri.

Dos yang disarankan:

1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.

2. Untuk kanak-kanak,  sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari

3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).

4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)

Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller). Ia paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan ibu yang masih menyusukan anak dan juga warga emas.

Dos toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Ia boleh membawa maut akibat kerosakan hati. Perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati dan alahan pada paracetamol.

Panadol tinggal dalam tubuh manusia selama 5 tahun adalah tidak benar. Sebenarnya hanya berada dalam badan manusia selama 4-6 jam sahaja dan kemudian akan dikumuhkan.

Sumber: Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek) melalui Islam Itu Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Cara Menyemak Peniaga Online Samada Berdaftar Dengan SSM Atau Tidak.

Andik Vermansyah Sah Milik Kedah. Tunggu Penampilan Sulung Beliau Malam Ini.