Entri ini ingin berkongsi bagaimana pengalaman seorang sahabat yang menukar fan belt tetapi tetap berbunyi. Rupa-rupanya ia adalah salah satu tanda minyak power stereng berkurangan atau telah mengalami kebocoran.
Zaman sekarang sangat mudah untuk memiliki sebuah kereta. Untuk membeli kereta ramai yang sudah berkemampuan berbanding dengan orang-orang terdahulu yang terpaksa melalui prosidur bank yang sangat ketat.
Namun tidak semua orang membuat pemeriksaan pada kenderaan samada pemeriksaan harian atau mingguan. Terutamanya mereka yang memiliki kereta baru. Mereka hanya menunggu masa untuk membuat penyelenggaraan berpandukan bacaan kilometer yang diberikan.

Tidak hairan jika kita sering melihat banyak kereta yang tersadai di tepi-tepi jalanraya atau lebuhraya adalah kereta-kereta baru walau tidak dinafikan kereta lama juga ada yang terlibat.
Jika berlaku sesuatu masalah seperti kebocoran, akhirnya kereta akan mengalami kerosakan. Paling malang jika berlaku ketika anda sedang memandu dan pada waktu malam pula.
Tanda Kebocoran Atau Kekurangan Minyak Power Stereng
Kadang-kadang anda tidak memeriksa kereta anda pada jangkamasa yang lama. Jadi jika berlaku kebocoran mungkin anda tidak menyedarinya.

Apabila minyak semakin berkurangan, anda akan mendengar bunyi seperti fan belt atau altenator belt berbunyi. Sehingga lama-kelamaan bunyinya berterusan. Bunyi semakin kuat jika anda memusing stereng ke kiri atau kanan. Tanda lain adalah stereng terasa berat jika anda mahu membelok.
Jika ada kebocoran atau kekurangan ketara pada minyak power stereng, anda perlu menambah minyak tersebut atau pergi ke bengkel berhampiran untuk mengenalpasti samada bocor atau tidak.
Semoga Bermanfaat – suka viral
BACA JUGA: Tanda-Tanda Awal Kerosakan Gearbox Kereta Anda