in , ,

Myvi 2018 – Adakah Ia Mampu Untuk Mengatasi Populariti Myvi Lama?

Perodua bukanlah sebuah nama yang asing di Malaysia, sangat popular di kalangan pengguna di negara ini serta memonopoli kedudukan pertama bagi jumlah jualan kenderaan. Ia bukan sekali, tetapi secara konsisten untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Model kereta kompak Axia menjadi penyumbang terbesar bagi pencapaian berkenaan. Jumlah jualan keseluruhan melebihi 150,000 unit. Ini sudah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kejayaan model berkenaan kepada syarikat. Hampir satu pertiga jualan kesuluruhan adalah dari Axia.

Photo: freemalaysiatoday

Secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru. Difahamkan harganya bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran.

Elok kita mendekati model baru ini dengan lebih terperinci. Jika Myvi terdahulu diasaskan daripada model Daihatsu Boon, Myvi baru ini pula tidak lagi berada di bawah bayang-bayang Daihatsu. Ia tidak lagi dibayangi keseluruhannya oleh syarikat yang telah menjadi rakan usahasama Perodua bagi tempoh 24 tahun itu.

Perkara yang masih dipinjam dari Daihatsu hanyalah platform yang digunakan. Itu pun, ia tidak diambil dan digunakan terus. Menurut Ketua Jurutera Perodua, Albert Ngu, 70% daripada binaan platform berkenaan telah diperkemas dan disesuaikan khusus untuk kegunaan model Myvi baru ini.

Apa yang dapat kita lihat pada model produksinya sekarang adalah hasil kerja dan curahan tenaga anak watan Malaysia sendiri, terutama dari aspek reka bentuk luaran. Ia sama sekali bukan rekaan yang diwarisi dari Daihatsu mahupun Toyota – bahagian badan luaran (upper body) Myvi terbaru ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran tempatan tanpa ada lagi penglibatan orang asing.

Dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan.

Photo: Pandulaju

Turut menjadi kelebihan bagi model ini, ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan, Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

Ruangan Kabin yang labih menarik:

Ruangan kargo yang luas:

Harga setiap varian pula adalah seperti di bawah:

Lihat Video:

Sumber : paultan

Bapa Rayu Dana RM80,000 Untuk Pembedahan Anak Yang Sakit Jantung Berlubang

Lalat Selalu Mengganggu Kita Asalkan Ada Benda Makan. Bagaimana Nak Halau? Ini adalah TIP Untuk Menghalau Lalat