in

Nabi SAW Tegah Paksa Orang Yang Sedang Sakit, Makan

Semua orang termasuk kita bimbang jika ada di kalangan keluarga kita yang sakit dan mereka tidak mahu makan. Lebih membimbangkan jika minum pun mereka tidak mahu. Mungkin kita tidak tahu bahawa tidak boleh paksa orang yang sedang sakit supaya makan.

Kita lupa bahawa jika kita sendiri yang sakit, kitapun sama tak mampu nak telan walau sesedap manapun makanan yang diberikan kepada kita.

Sebenarnya Nabi S.A.W melarang daripada memaksa orang sakit untuk makan, kerana paksaan itu sebenarnya lebih membebankan mereka. Ianya memberi tekanan dan kesan negatif kepada mental pesakit.

orang sakit jangan dipaksa makan
Memaksa orang yang sakit makan menyebabkan emosinya mereka juga terganggu

Sebagai contoh apabila ayah atau ibu kita sakit. Kita sebolehnya memaksa dia makan kononnya agar cepat sembuh atau sebagainya. Bukan setakat memaksa makan, maka akan keluar kata-kata yang tidak sepatutnya. Kita harus sedar, mereka sensitif ketika sedang sakit.

Antara perkataan yang mungkin keluar dari mulut kita ialah:

“Ayah tahu tak, saya terpaksa mengambil cuti untuk jaga ayah sehingga cuti saya habis. Kalau ayah terus begini, susah la saya nanti”

Si Ayah sangat sensitif ketika ini. Maka akan jadi isu baru. Apabila dia terasa hari, mungkin dia akan berkata:

“kau tak perlu jaga aku. Pergi saja kerja dan cuti kau pun tidak akan habis. Kau pun tidak akan susah”.

jangan paksa orang sakit makan
Jangan memaksa tetapi pujuklah dengan lembut

Oleh itu janganlah memaksa, pujuklah dengan cara yang baik dan lembut, di samping ambillah masa sehingga mereka mahu menjamah makanan.

Dan sungguhnya Allah lah yang akan mendatangkan rasa lapar dan keperluannya untuk makan dan minum, maka janganlah dipaksakan.

HADIS YANG BERKAITAN

Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kalian memaksa orang yang sakit di antara kalian untuk makan, kerana Allah akan memberi makan dan minum kepada mereka.” (HR: Tirmidzi)

Orang yang sedang sakit akan hilang selera makan dan minum. Ini kerena mereka dalam proses melawan perasaan sakit atau berkurangnya nafsu untuk makan akibat lemah atau hilang semangat di jiwa mereka. Dalam keadaan yang demikian kita tidak boleh memberinya makanan secara paksa.

Antara petunjuk daripada Nabi SAW dalam hal ini ialah dengan memberikan mereka makanan yang lembik dan masak. Bukannya yang mentah atau keras. Kerana mudah untuk ditelan dan dicerna.

Talbinah
Bubur Talbinah

Contohnya ialah menyediakan bubur. Disarankan menyediakan bubur talbinah, iaitu bubur yang dibuat dari campuran susu dan campuran tepung gandum samada kasar atau halus. Boleh juga dicampur dengan madu.

Rasulullah SAW. bersabda:

“Talbinah berkhasiat mengembalikan semangat orang yang sedang sakit dan menghilangkan sebagian kesedihan,” (HR Bukhari Muslim [5417] dan Muslim [2216]).

VIDEO:

lihat video ini Insya Allah anda akan lebih memahami.

Semoga memberi manfaat.

Artikel Berkaitan: Cara Menyediakan Bubur Talbinah

Sumber: Alislamu

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Makna Sebenar Sanah Helwah dan Syafakallah

Cara Mudah Buat Lemang Simple Tapi Sedap