in

“Nama Aku Nabilah, Bukan Babilah! Bank Salah Eja Nama Pada Surat

nabilah

Kesalahan ejaan nama pada borang atau surat samada rasmi atau tidak mungkin perkara biasa. Kadang kesalahan walau hanya satu huruf akan membawa maksud yang sangat berlainan.

Perkara ini kadang kala boleh menimbulkan perasaan marah jika nama itu bertukar menjadi nama haiwan, lebih buruk lagi nama haiwan Ba Alif Ba Ya.

“Nama Aku Nabilah, Bukan Babilah!”

Itu yang berlaku kepada seorang wanita iaitu Nabilah Shani, 26. Beliau sangat terkejut apabila mendapati namanya ditulis sebagai ‘Babilah Shani’ pada surat yang diterima daripada sebuah bank.

Walaupun agak terkejut, Shani tidak cepat melatah dan menyatakan dia terhibur dengan kesilapan ejaan namanya itu.

“Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, ‘babilah, babilah?? Terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.

“Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf ‘B’ dan ‘N’ berdekatan pada ‘keyboard’. Jadi saya tak ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Shani kemudian memuat naik gambar surat itu dan ‘tag’ Facebook bank tersebut sebelum dihubungi pihak bank berkenaan yang mengakui kesilapan pihaknya dan memohon maaf.

“Pihaknya juga akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan itu. Saya tidak rasa ia disengajakan dan kebiasaan kita tidak lari melakukan kesilapan semasa menaip.

“Saya tidak marah, tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan,” jelasnya.

Baca: Doa Pemanis Wajah Agar Kelihatan Cantik dan Bercahaya

Sumber: Cari

Min sendiri kadang kala salah ejaan walaupun dua tiga kali ulang baca. Tambahan ketika sedang sibuk dan ada yang nak sesuatu dengan cepat. Maka jari pun terkenalah huruf-huruf sebelah.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Toyota Corolla Cross 2020, Cantik Menawan. Kini Dilancarkan Di Thailand. Adakah Seterusnya Malaysia?