in

“Kamu Agama Kamu, Saya Agama Saya, Kita Buat Cara Masing-Masing” – Ketua Polis Johor

Ketua Polis Johor

“Kamu Agama Kamu, Saya Agama Saya, Kita Buat Cara Masing-Masing”. Itu antara kata-kata nasihat Ketua Polis Johor.

Sebelum itu. pengguna media sosial dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan bersifat matang dalam membuat sebarang hantaran yang melibatkan isu sensitif terutama membabitkan agama di negara ini.

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, selaku Ketua Polis Johor berkata, tindakan tidak bermoral sesetengah pengguna media sosial boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Beliau berkata kepada pemberita selepas Pra Pelancaran Program Hari Bertemu Pelanggan Mega PDRM Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. menampal risalah pemberitahuan talian hotline PDRM di premis perniagaan pada Majlis Pra Pelancaran Program Hari Bertemu Pelanggan Mega PDRM Johor 2019 di AEON Mall Kulai, Johor. Photo: UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN

APA KATA KETUA POLIS JOHOR?

“Saya nak nasihatkan mereka yang menghina agama lain dalam media sosial, apa yang kamu dapat? Kita hidup dalam satu negara berbilang bangsa dan agama, tidak perlu komen antara satu sama lain. Kamu agama kamu, saya agama saya, kita buat cara masing-masing.

“Toleransi antara agama ini memerlukan kematangan fikiran, jadi kenapa perlu kita membuat komen negatif hingga mencetuskan ketegangan dalam sebuah negara yang aman”.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika ditanya mengenai tindakan dua individu yang ditahan kerana membuat hantaran dalam media sosial dengan menghina Nabi Muhammad SAW.

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW

Akhir-akhir ini terlalu banyak hinaan demi hinaan ke atas agama islam dan Nabi SAW.

Terdahulu seorang lelaki warga emas, Fong Sing Wai, 68, didakwa kerana membuat hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda namun beliau mengaku tidak bersalah. Mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000. Namun gagal membayar ikat jamin dan di tahan di Penjara Sungai Buloh.

Dalam satu lagi kes, seorang operator di sebuah kilang, A. Taneson, 22, telah didakwa di Mahkamah Masjitret Shah Alam kerana menghina Nabi Muhammad SAW. Tertuduh juga mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM8000 dan dikehendaki melapur diri setiap minggu ke Balai Polis sehingga kes selesai.

Masih terdapat lagi beberapa hantaran yang tersebar di media sosial facebook. Semoga semua yang terbabit akan diadili oleh pihak berkuasa.

Sumber: Utusan online

Written by Nur Aida

Resipi Apam Mekar

Resepi Apam Mekar Sedap dan Gebu

Kesan zikir pada otak manusia

Kesan Zikir Pada Otak Manusia