in ,

Nenek 73 Tahun Mengaku Dibayar RM50 Untuk Meniti Atas Jambatan Gantung Yang Rosak

Watan melapurkan seorang warga emas, Fatimah Ima Osman, 73, telah mengakui di bayar sebanyak RM50 untuk berlakon melintasi jambatan yang uzur di Kg Pamah Aur, Pahang.

Memetik laporan dari gengataspagar.com pada Khamis yang bertemu dengan Fatimah berkata mengakui sebelum ini tidak pernah terlintas untuk membahayakan nyawanya meniti di jambatan itu.

Menurut akhbar itu lagi, Warga emas terbabit memaklumkan dia tidak diberitahu identiti mereka yang terlibat walaupun telah ditanya olehnya.

Semalam sebuah akhbar tempatan telah menerbitkan isu warga emas ini terpaksa menggadai nyawa meniti jambatan yang telah rosak akibat banjir di Kampung Parnah Aur, Bukit Bentong, Kuala Lipis untuk membawa anak bongsunya yang menghidap sakit jantung ke hospital.

Warga emas guna jambatan rosak
Laporan sebuah akhbar semalam. © watan

Susulan daripada itu, natizen mula mengecam tindakan pihak yang memberi upah kepada warga emas ini dan menganggap perbuatan itu tidak bertimbang rasa serta bodoh.

© watan

Sebelum ini, dalam klip video tular dan mendapat tontonan sebanyak 1 juta menyaksikan seorang bapa menggadaikan nyawa anaknya melintasi jambatan gantung itu. Bagaimanapun, beliau telah diberi penjelasan oleh Adun Jelai, Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail serta telah memohon maaf secara terbuka kepada natizen yang mengecam video itu.

Tetapi kini ada pula pihak tertentu yang menangguk di air keruh dengan mengupah seorang warga emas untuk berlakon melintasi jambatan yang sama.

Walaupun hanya meniti separuh tetapi jika terjatuh, siapa yang akan menyelamatkannya? Lelaki tersebutkah yang akan terjun menyelamatkannya.

Walau bagaimanapun kita bersyukur kerana nenek tersebut selamat.

Video:

Sumber: Watan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Hospital Lelux

Memutihkan Zakar Adalah Kegilaan Terbaru Di Bangkok

Mangsa Samun Tetak Penyamun Bersenjata Hingga Mati Ditahan Polis