in

Nenek Muda Antara Penagih Dadah Yang Ditahan AADK

sukaviral.net
Angkara Dadah

Bila dah terlibat dengan dadah memang susah nak tinggal walau berkali-kali masuk pusat pemulihan. Perkara ini terjadi atas beberapa faktor. Antaranya faktor persekitaran, kawan-kawan dan diri sendiri.

Bila terlibat dengan dadah, ia tidak akan mengenal apa status anda. Datuk, Datin, Atok, Nenek, Ayah, Ibu dan lain-lain lagi. Silap haribulan sampai mati akan bergelumang dengan najis dadah. bukan sahaja membahaya diri sendiri tetapi keluarga dan orang lain jika mereka tidak mendapat bekalan dadah.

My Metro dalam laporannya memberitahu, IBU kepada lapan anak dan tiga cucu antara 32 penagih ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Mereka di tahan dalam Operasi Bersepadu di sarang dadah yang dikenali sebagai ‘sarang burung’ di Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala, Yan hari ini.

Penagih dadah
Antara penagih yang di tahan

Difahamkan wanita berusia 37 tahun itu sudah beberapa kali ditahan pihak berkuasa sebelum ini, namun tidak serik dan terus terbabit penyalahgunaan dadah. Ia diakui sendiri oleh anak perempuan sulungnya berusia 21 tahun ketika ditemui di lokasi serbuan.

Katanya, mereka sekeluarga kecewa dengan sikap ibunya yang semakin menjadi-jadi dan tidak insaf dengan perbuatannya.

“Mak turut mengamuk dengan parang dipercayai akibat pengaruh dadah yang diambilnya dan kami takut dia akan mencederakan sesiapa.

Beliau menambah, adik-beradiknya masih lagi bersekolah. Adik bongsu berusia empat bulan kini dijaga oleh datuknya dan mereka sekeluarga.

“Saya tahu setiap hari mak akan datang ke sini dengan menaiki motosikal saya yang digunanya tanpa kebenaran dan saya akan ke sini untuk mengambil semula motosikal saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia setahun hingga lima tahun.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Nasru’d-din Abdul Rahman berkata, operasi itu membabitkan anggota AADK negeri, AADK daerah Yan dan anggota Jabatan Sukarewalan Malaysia (RELA) Daerah Yan.

Operasi bermula sekitar 10 pagi dan diketuai oleh Ketua Penguat kuasa dan Keselamatan AADK Daerah, Wan Noor Shah bersama 32 anggota.

Katanya lagi, siasatan pihaknya mendapati sarang dadah itu beroperasi 24 jam dan menjadi tumpuan bukan saja penagih tempatan malah dari luar termasuk Langkawi, Alor Setar dan Sungai Petani.

“Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 65 tahun. Ada yang menjadi nelayan dan bekerja sendiri serta penganggur.

“Kita menjalankan ujian saringan air kencing dan mendapati semua mereka positif dadah opiat dan methamphetamine termasuk wanita berusia 37 tahun itu,” katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, sarang dadah itu sangat aktif dan terkenal di daerah Yan serta dipercayai mempunyai pengedar dadah yang menjual bahan haram itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Ketika operasi kita berdepan kesukaran apabila ada penagih terjun ke laut dan memecut motosikal dengan laju untuk melepaskan diri,” Tambahnya.

Sumber: MyMetro

Sukaviral

“Lelaki Berparang Ugut Nak Pancung Kepala Adik” – Noriah Mahat

Ingatkah Anda Hari Ini Adalah Hari Pembayaran Khas Untuk Kakitangan dan Pesara Kerajaan?