in

Niat Ganti Puasa, Syarat Sah Serta Amalan Sunnah

Kita baru saja menyambut lebaran Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Adakah kita berpuasa penuh, atau tertinggal disebabkan keuzuran atau sebaliknya. Dalam Islam, sesiapa yang telah meninggalkan puasa pada bulan ramadhan hendaklah menggantikanya dengan kadar segera sebelum tibanya bulan puasa yang seterusnya.

Umat Islam wajib tahu bahawa ibadah puasa di bulan ramadhan merupakan ibadah wajib yang hanya boleh ditinggalkan sekiranya ada keuzuran.

Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib namun boleh ditinggalkan jika ada keuzuran

PUASA GANTI

Jika puasa ditinggalkan tanpa apa-apa sebab keuzuran seperti masalah kesihatan yang memudaratkan maka diwajibkan menggantikan puasa dengan puasa ganti (qada).

Manakalah mereka yang telah meninggalkan puasa kerana keuzuran (jika puasa maka akan mendatangkan mudarat kesihatan) maka hendaklah menggantikannya dengan bayaran fidyah.

Jika anda mahu ganti puasa, anda hendaklah mengetahui niat puasa ganti tersebut dan syarat sahnya. Seeloknya anda menggantikan puasa yang anda tinggalkan sebelum melaksanakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal.

Meninggalkan puasa tanpa keuzuran wajib diqadha sebagai ganti

Firman ALLAH yang bermaksud : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin.

NIAT MENGGANTIKAN PUASA (QADHA)

Niat puasa ganti rumi
Niat menggantikan puasa ramadhan yang ditinggalkan

SYARAT SAH

Niat dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari fajar hingga matahari terbenam.

AMALAN SUNNAH

Amalan sunnah ketika berpuasa ialah bersahur, memperbanyak amal ibadah sunah dan berbuka di awal waktu.

niat buka puasa ganti
Banyakkan membaca Al-Quran merupakan salah satu amalan sunah di bulan puasa

QADHA ATAU PUASA ENAM DAHULU?

Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa sebarang keuzuran wajib ke atasnya menqadhakannya serta merta selepas tamatnya Ramadhan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qadha.

Adapun sekiranya dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qadha kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa` (luas).

waktu niat puasa ganti
Kaum wanita seringkali didatangi keuzuran yang dibenarkan syarak

Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut: “(Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat syawwal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan menqada Ramadhan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadhan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)

Artikel Berkaitan: Puasa Enam Di Bulan Syawal – Kelebihan dan Niat Puasa

Wallahu A’lam. Buatlah mengikut keutamaan berpandukan kenapa anda meninggalkan puasa samada kerana keuzuran ataupun tidak.

Sila LIKE dan SHARE jika memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa layari juga page Suka Viral untuk lebih banyak info.

Sumber: Myeidos dan Muftiwp

Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal

5 Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal. Rugi Jika Kita Tak Buat

Cara dan Kadar Membayar Fidyah

Cara Membayar Fidyah dan Kiraannya