in

Bukan Sekadar Cuti Umum, Nuzul Quran Satu Peristiwa Penting Turunnya Al-Quran

nuzul quran

Mungkin kita semua tidak sedar bahawa hari ini adalah hari Nuzul Quran. Memandangkan tidak ramai yang bekerja mungkin kita lupa akan hari ini. Mungkin selama ini kita hanya ingat hari Nurul Quran hanya sekadar hari cuti umum. Jika benar ternyata ia satu kerugian.

Apa yang dimaksudnya dengan Nuzul Quran?

Nuzul Quran bermaksud turunnya al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW. Nuzul Quran merupakan peristiwa dimana Allah SWT menurunkan ayat pertama al-Quran kepada Rasulullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga ianya lengkap sepertimana yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Quran berlaku ketika usia Baginda SAW 41 tahun. Ia berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan 6 Ogos 610M sewaktu Baginda SAW sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Allah SWT menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan yang mulia dengan membawa beribu keberkatan kepada umat Islam bersesuaian dengan kedudukan al-Quran itu sebagai kitab yang agung.

Dalam surah Ad-Dukhaan ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat.”

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah di atas adalah malam yang penuh dengan rahmat dan kebaikan, yang lebih besar keutamaannya daripada amalan seribu bulan.

nuzul al quran

Ayat Pertama Yang Diturunkan

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima ayat pertama daripada Surah al-‘Alaq.

Terjemahan bagi surah tersebut adalah: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)

Al-Quran Sebagai Petunjuk

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran merupakan petunjuk (huda) dan pembeza (furqan).

Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah”.

Al-Quran sebagai huda (petunjuk) bermaksud ia mampu memimpin kehidupan manusia. Dalam al-Quran dijelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.

Manakala al-Quran adalah furqan (pembeza) membawa maksud ia menjadi piawaian yang menentukan mana yang haq (benar) dan mana yang batil (palsu).

Oleh itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan sebagai benar oleh al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sebagai tidak benar oleh al-Quran.

Maka kita sangat dituntut untuk menjadikan al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan terapkan, serta sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah dalam kehidupan kita.

nuzul al-quran

Hikmah Al-Quran Diturunkan

  • Al-Quran merupakan Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan merupakan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
  • Al-Quran adalah sumber rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I’jaz al- ‘Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu.

Oleh sebab itu, membaca al-Quran adalah satu ibadah. Sama-samalahkita menghayati al-Quran dan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita menambah dan mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah SWT yang tidak terhingga kepada seluruh umat Islam.

Ini kerana beribadah di 10 hari terakhir Ramadan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah selama 1,000 bulan.

Kita harus fahami bahawa turunnya al-Quran bukan sekadar untuk dibaca walaupun membacanya sahaja merupakan satu ibadah yang diberi ganjaran sebagaimana dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”

nuzul quran

Turunnya al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:

“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran di mana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”

Manusia yang hanya membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupan mereka samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari:

“Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.

Sama juga halnya apabila seseorang yang membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Berapa banyak orang yang membaca al-Quran sedangakan al-Quran itu melaknatnya”.

Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim kita hendaklah menjadikan al-Quran, as-Sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.

Nabi berpesan:

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”. Sumber dari: Salam Web & Jabatan Agama Islam Syariah Perak via Remaja.

Baca – Kaitan Al-Quran Dengan IQ Bayi Anda

Jadi kita sebagai umat Islam, jangan hanya jadikan Hari Nuzul Quran sekadar cuti umum untuk kita keluar bercuti bersama keluarga sahaja, namun jadikan Hari Nuzul Quran sebagai memperingati hari turunnya al-Quran dengan membaca dan menghayatinya.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

khasiat daun pandan

Khasiat Daun Pandan Untuk Kesihatan dan Kegunaan Lain

Pavithra

Pavithra: Saya Hanya Suri Rumah Suami Kerja Di Ladang Sawit, Telefon Beli Secara Hutang