in , ,

Pahala Seorang Isteri

pahala mudah buat isteri

Bukan mudah menjadi seorang isteri solehah. Tanggungjawab isteri amatlah besar dan berat. Tambahan jika mereka yang bergelar isteri itu merupakan seorang yang berkerjaya. Seorang isteri perlu bijak dalam menguruskan tanggungjawab mereka terhadap suami. Mereka harus melaksanakan dengan sebaik mungkin dan memberikan 100% yang terbaik buat suami dan keluarganya.

Pahala mudah buat isteri
Isteri yang bekerja harus bijak membahagikan masa.

Sebagai manusia biasa, ada yang mengeluh kepenatan kerana mereka sebenarnya bertugas sepanjang hari termasuk ketika tidur. Subhanallah!! Beratnya tanggungjawab mereka. Namun sangat banyak pahala bagi seorang yang bergelar isteri selagi mereka tidak menderhaka kepada suami mereka.

Inilah anugerah Allah SWT terhadap wanita yang bergelar isteri dengan memberikan pahala mudah kepada mereka. Ia merupakan satu penghargaan yang sangat istimewa dan besar diberikan kepada kaum wanita bagi menjalankan peranannya sebagai seorang isteri yang baik. Isteri tidak perlu memikirkan sangat untuk keluar bekerja kerana nafkah isteri adalah tanggungjawab suami.

isteri yang solehah
Anugerah terhadap wanita merupakan bentuk pahala dalam setiap kerja yang dilakukan untuk keluarga terutama suaminya.

Kita semua sedia maklum bahawa golongan yang paling ramai di neraka adalah wanita walaupun mereka yang bergelar isteri lebih banyak sumber pahala bagi membantu mereka melangkah ke syurga. Hanya Iman dan kesabaran mereka sahaja mampu membawa mereka ke syurga. Mari kita lihat sumber pahala seorang isteri yang solehah.

SUMBER PAHALA ISTERI

1. Air yang disediakan oleh isterinya dan diminum oleh suami, pahalanya adalah lebih baik dari dia berpuasa setahun.

Isteri menyediakan makanan
Menyediakan makan dan minum suami, sangat besar ganjarannya.

2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya adalah lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3. Isteri dan mandi junub disebabkan disetubuhi oleh suaminya adalah lebih baik baginya daripada mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

Isteri mandi wajib
Gambar Hiasan

4. Apabila si isteri mengandung ia dicatatkan sebagai seorang syahid manakala khidmatnya kepada suami adalah sebagai jihad.

5. Memelihara anak dengan baik adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih zikir.

wanita mengandung
Gambar Hiasan

6. Ganjaran dari Allah SWT Tidak akan putus kepada seorang isteri yang mana siang dan malamnya hanya menggembirakan suaminya.

7. Apabila isteri meninggal dunia dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga.

BACA JUGA: 10 CIRI ISTERI YANG MENYEBABKAN SUAMI MURAH REZEKI

8. Seseorang wanita apabila mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

wanita bersolat
Gambar Hiasan

9. Seorang Wanita yang menyapu lantai sambil berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

10. Setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti (makanan), Allah akan membina sebanyak 7 parit diantara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu sejauh langit dan bumi.

isteri memasak
Gambar Hiasan

11. Mana-mana wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan baginya sakaratul maut. Kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

12. Sebaik-baik wanita ialah isteri yang apabila suaminya memandang kepadanya ia akan menggembirakan suaminya, jika suaminya memerintah ditaatinya dan jika suaminya tiada dijaga harta suaminya dan kehormatan dirinya.

isteri yang taat
Pasangan bahagia membawa ke syurga

13. Apabila isteri mencuci pakaian suaminya, Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari cahaya matahari akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

PENUTUP

Wanita yang menunggu kepulangan suaminya hingga ia pulang, kemudian disapukan muka suaminya, dihamparkan duduknya, menyediakan makan minumnya, merenung pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan pada suaminya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin yang lain atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Subhanallah..!

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudara-maraku dan setiap orang mukmin, Jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami belum layak ke SyurgaMu. Amin..

Sumber: Ustazah Oki Setiana Dewi dan Mommy Iskandar

Tip Elak Mengantuk Semasa Memandu

Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu

iPhone Terkunci 47 Tahun

Akibat Masukkan Kata Laluan Salah, Kanak-Kanak 2 Tahun Sebabkan iPhone Ibunya Dikunci Selama 47 Tahun