in ,

Pak Belang Sesat Kelaparan-“Nasib Baik Hanya Jilat Pipi”

Pak Belang sesat di bukit besi

BUKIT BESI – Nyawa seorang warga emas ibarat berada di hujung tanduk apabila hampir diterkam oleh seekor pak belang (harimau) yang tersesat dalam kejadian yang berlaku di Kampung Besul Lama, Bukit Besi, Dungun, semalam.

Mangsa dilihat jatuh bergolek, namun difahamkan harimau berkenaan hanya menjilat pipinya dan kemudian beredar daripada situ. Warga emas tersebut bernasib baik kerana tidak dicederakan oleh harimau berkenaan.

Kemunculan seekor harimau menjadi tular di media sosial sejak tengahari semalam menerusi tiga rakaman video. Dilihat ada dikalangan orang ramai cuba untuk menghalau harimau berkenaan.

kejadian itu menjadi tular di Facebook. Anda sendiri boleh melihat bagaimana kelibat haiwan terbabit menimbulkan rasa cemas di kalangan orang ramai kerana dilihat berada di tengah-tengah jalan raya di kawasan tersebut.

Sementara itu, memetik Bernama, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung kemunculan harimau itu pada pukul 11.30 pagi semalam.

Menurut Abduk Malek, Kakitangan Perhilitan telah pergi ke lokasi tersebut untuk tindakan menangkap haiwan terabit.

Pihak perhilitan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemunculan harimau tersebut dan berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar.

Pada masa yang sama, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka ke atas nasib ‘pak belang’ tersebut yang didakwa sesat dan meminta supaya orang ramai tidak mencederakannya.

Apa yang Min nampak, orang ramai terutama yang membawa anak kecik berada dalam situasi bahaya. Bayangkan jika harimau itu bertindak agresif, tentunya situasi akan menjadi huru hara dan macam-macam boleh jadi. Nasib baik Pak Belang baik semalam.

Apa kata anda? Sila LIKE dan SHARE. Terima kasih.

Sumber: Siakap Keli dan Facebook

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

hukum bersiul

Hukum Bersiul Dalam Islam Serta Asal Usulnya

Solat yang ditinggalkan dengan sengaja wajib qada atau taubat?

Sengaja Tinggalkan Solat, Qada’ Solat Tersebut Atau Taubat?