in ,

Pakar Ekonomi Kata Negara Berdepan Kekurangan Dana Besar Jika Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan

Akaun 1 kwsp

Sekiranya cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP dilaksanakan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar dan ia boleh menyebabkan ekonomi negara pada masa depan terjejas.

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Jejas Dana Negara

Dr Yusof Saari
Dr Yusof Saari – Foto Astro Awani

Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Perkeso, Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata:

“Kalau kita benarkan dikeluarkan dalam RM10,000 kepada setiap pencarum, kita akan dapati kekurangan dana yang sangat besar di KWSP.

“Ini akan memberi kesan kepada ekonomi itu sendiri, pelaburan dan ekonomi mikro secara keseluruhan.

“Jadi kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan pakej atau cadangan ini, kerana ia boleh merisiko keadaan ekonomi pada masa depan,” katanya ketika ditemu bual bersama Astro Awani.

Beliau berkata, walau bagaimanapun perkara tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya dilakukan secara bersasar dan pengeluaran dibuat secara bulanan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas adalah sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP bagi kegunaan rakyat yang berdepan pandemik C0VID-19.

Muhyiddin berkata beliau menyedari tentang adanya cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP.

Baca – Cara Dapatkan Semula Kata Laluan i-Akaun KWSP Jika Terlupa

Dalam ulasannya Yusof berkata satu penyelesaian holistik perlu dilakukan segera dalam mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Kerajaan, majikan dan agensi yang berkaitan perlu giat berusaha membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan untuk kembali memperolehi pekerjaan.

Ia penting bagi mendidik masyarakat agar tidak terlalu berharap kepada pengeluaran KWSP semata-mata setiap kali berdepan krisis.

“Sangat penting untuk agensi kerajaan bekerja keras sedikit untuk turun ke bawah bagi membantu pekerja-pekerja.

“Sebab begini, dalam data PERKESO, sebagai contoh kita dapati ramai bilangan pencari pekerja dan dalam masa yang sama banyak juga pekerjaan diminta ataupun pekerjaan yang kosong yang diiklankan di portal MyFutureJobs atau portal pekerjaan di Malaysia.

“Kita lihat banyak lagi kekosongan yang tidak dipilih atau diambil mereka di luar sana,” katanya.

Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan agar mempertimbangkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP.

Najib berkata kerajaan boleh benarkan pengeluaran duit dari Akaun 1 KWSP dengan menghadkan secara one-off sehingga RM10,000.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

PASUKAN KEDAH

Pasukan Kedah Pintas Perak Di Tangga Kedua Liga

Aizameen

Setelah Dua Minggu Koma, Aizameen Akhirnya Pergi Mengadap Ilahi