in ,

Pandangan Seorang Doktor Mengenai Buah Durian

Min tertarik dengan posting di facebook dan mahu panjangkan sikit satu artikel berjudul pandangan doktor tentang buah durian. Dalam artikel tersebut terselit juga tentang buah pisang, nangka, kurma, nasi dan habatussauda. Berbalik kepada buah durian, ianya memang sedap di makan dan digelar sebagai raja buah. Harganya juga sangat sedap untuk kita membayarnya.

Namun disebalik keenakan buah durian, anda harus tahu sedikit sebanyak tentang buah ini. Min tidak dapat pastikan siapa nama doktor tersebut dan bertugas di mana. Walau bagaimanapun, kita cuba kongsikan apa yang disampaikan oleh beliau melalui pengalaman beliau sendiri.

Tanpa berlengah lagi, mari kita baca satu persatu apa yang beliau kongsikan di bawah. Artikel asal dibuat sedikit perubahan dari segi ayat tanpa mengubah maknanya.

durian
Durian merupakan buah yang sangat disukai dan harganya juga mahal

APA PANDANGAN DOKTOR TERSEBUT?

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (ser4ngan jantung dan tekanan d4rah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meningg4l dunia.

“Makcik mahu makan durian. Sudah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi peny4kit buah pinggang, dia tidak menyentuh durian. Jadi semalam dia minta dari anak dia mahu makan seulas sahaja. Sedar-sedar pagi ini sudah keletihan, sesak nafas, s4kit dada.” Ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya.

Pes4kit ini datang ke jabatan kecem4san dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Akhirnya beliau meningg4l dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

BUAH DURIAN
Isinya yang kuning menarik hati sesiapa sahaja untuk mengambilnya

POTASSIUM

Terdapat banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Diantaranya adalah kalsium, fosfat, magnesium, potassium dan sodium. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction).

Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia. Contohnya disebabkan muntah atau cirit-birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

BAHAYA MAKAN DURIAN
Cirit-birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah

Jika terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membah4yakan ny4wa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

JIKA BERLAKU KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

MAKANAN PALING BANYAK POTASSIUM

Buah pisang
Pisang juga tinggi potassium

Antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

nangka
Buah nangka juga mempunyai potassium yang tinggi

HINDARKAN BUAH INI DARI MEREKA YANG BERKENAAN

Oleh itu saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut ny4wa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus dari mengambilnya. Jika teringin juga, mungkin sekali-sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

durian kampung
Jika anda mempunyai masalah buah pinggang seeloknya hindarlah buah durian

Baca Juga – Khasiat Buah Jering

TIPS PENTING

Jangan pula tengahari anda sudah makan gulai nangka, malamnya anda mahu makan durian pula!

Saya kongsikan di sini, satu “case study” yang berlaku di sebuah hospital di tanah air.

POTASSIUM DALAM KURMA

Sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Namun kita jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

kurma
Walaupun kurma mempunyai potassium yang tinggi, jarang-jarang kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak

Namun anda harus tetap berhati-hati kerana akhir-akhir ini terdapat banyak cara memproses kurma. Antaranya dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada di dalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

“Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah.”

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poi son.”

kurma dengan coklat
Kurma bersalut coklat

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah sub-bidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti (keupayaan) tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, menghabiskan sebiji durian pun tidak mengapa. Kerana buah pinggang kita sihat dan mampu mengkumuhkan dan membuang potassium yang berlebihan.

Tetapi tidak boleh berbuat demikian bagi pesakit ESRD. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Air
Pengidap ESRD dan CCF tidak boleh meminum air yang terlalu banyak

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung, mereka ini, PANTANG jika air berlebihan. Memang air adalah bagus untuk manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Namun tidak boleh bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki yang menjadi sembab, bahkan sehingga ke paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.

CONTOH LAIN

Contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Walaupun nasi adalah makanan berkhasiat dan berzat, pesakit kencing manis, tidak boleh mengambil nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI untuk mengambil buah-buahan yang tidak sesuai dengan anda.

Nasi
Pesakit diabetes elakkan mengambil nasi yang banyak

HATI-HATI DENGAN KAFFEIN

Kita sering mendengar tentang “kopi habbatussauda”. Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan peny4kit d4rah tinggi yang dihidapinya.

Beliau dihasut dengan dakwaan ub4t hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sebagainya, dan disuruh mengamalkan ‘Perubatan Sunnah’ iaitu Habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meningg4l dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi orang lain.

Habatus Sauda
Habatus Sauda adalah makanan sunnah dan bagus jika diambil secara tidak berlebihan.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda OK atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Baca Juga – 15 Khasiat Yogurt Untuk Kecantikan dan Kesihatan

Akhir kata, walau apapun pandangan doktor tentang buah durian, paling penting adalah orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Semoga artikel yang dikongsikan ini anda habis membacanya. Ambil yang baik dan buang yang tidak baik. Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika memberi manfaat kepada anda, keluarga dan sahabat.

Layari page kami di Suka Viral.

Sumber: facebook

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Afrika

Kerajaan Pertimbang Bawa Masuk Pekerja Asing Dari Afrika

Bayi ditinggalkan bersama sekeping nota

Bayi Ditemui Bersama Sekeping Nota – “Saya Seorang Ibu Yang Gagal”