in ,

Panduan Membuat Semakan NCD Kenderaan Sebelum Memperbaharui Insurans

Semak NCD Kereta Anda

Setiap tahun cukai jalan dan insurans kenderaan kita akan tamat tempoh. Maka mahu tidak mahu kita akan memperbaharuinya. Dunia masakini semuanya dihujung jari. Berbagai kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran hanya melalui online sahaja.

Bila kita dah masuk ke portal-portal yang disediakan, anda akan diminta memasukkan NCD kereta anda di dalam borang online yang disediakan. Ada sesetengah daripada kita, NCD pun tak tahu. Jadi untuk mendapatkan NCD pun ada disediakan melalui online.

insurans
Perlindungan Insurans diwajibkan pada setiap kenderaan sebelum cukai jalan dikeluarkan.

ANDA MAHU MEMBUAT SEMAKAN NCD?

Sekarang ini sudah disediakan Pengkalan Data bagi memudahkan orang ramai membuat semakan NCD. Ia dikendalikan oleh Syarikat Insurance Services Malaysia (ISM). Jika anda tidak mengetahui berapa peratus NCD anda, sila semak menerusi dalam talian secara percuma.

Sebenarnya syarikat-syarikat insurans dan takaful kenderaan di Malaysia juga membuat semakan NCD melalui pengkalan data ini kerana sistem yang digunakan oleh mereka juga disambungkan terus ke pengkalan data tersebut. Sila teruskan membaca entri ini.

APA ITU NCD?

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu NCD, di sini diterangkan serba sedikit tentang NCD. Jika anda sudah mengetahuinya, boleh juga membacanya atau terus langkau ke perenggan seterusnya.

NCD atau Non-Claim Discount adalah satu diskaun yang diberi oleh pihak insurans kepada pemilik polisi kenderaan semasa memperbaharui insurans kenderaan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini. Maksud tuntutan di sini adalah jika kenderaan anda mengalami kemalangan lalu menuntut gantirugi daripada pihak syarikat insurans.

Jika tiada tuntutan dibuat dalam masa setahun, pada tahun berikutnya NCD anda akan meningkat. Jika ini merupakan tahun pertama anda, tiada sebarang diskaun yang diberikan, tetapi anda akan mendapat diskaun untuk tahun-tahun seterusnya. Oleh itu adalah penting anda menyemak NCD anda setiap tahun.

NCD untuk setiap jenis kenderaan adalah berlainan pada setiap tahun. Namun bagi tahun pertama, semua jenis kenderaan NCD nya akan bermula dari 0%. Sila semak jadual di bawah:

BACA JUGA: CARA MUDAH RENEW CUKAI JALAN SECARA ONLINE

Kereta Persendirian (Private Car)

BILPERKARANCD
1TAHUN 10%
2TAHUN 225%
3TAHUN 330%
4TAHUN 438.33%
5TAHUN 545%
6TAHUN 6 DAN SETERUSNYA55%

Kereta Komersial & Motosikal (Commercial Car & Motorcycle)

BILPERKARANCD
1TAHUN 10%
2TAHUN 215%
3TAHUN 320%
4TAHUN 4 DAN SETERUSNYA25%

CONTOH

jika anda mempunyai NCD sebanyak 55% (maksimum) dan malang tidak berbau, kenderaan anda terlibat dalam kemalangan. Anda pasti akan membuat tuntutan ke atas insurans kenderaan anda bukan?

Maka NCD anda untuk membaharui insurans kenderaan yang akan datang akan menjadi 0%. Mudah cakap, insurans anda mungkin sangat murah semasa memperbaharui insurans sebelum kemalangan kerana NCD nya adalah maksimum iaitu 55%.

Ini bermakna, selepas kemalangan anda telah membuat tuntutan dan NCD akan menjadi 0%. Bila anda mahu memperbaharui insurans pada tahun berikutnya, harganya kembali mahal berpandukan jumlah perlindungan yang anda beli nanti.

Saya percaya banyak isu berkaitan NCD yang ramai orang tidak tahu. Dijelaskan secara ringkas di sini.

1. Status NCD

Jika anda mempunyai 55% NCD, tetapi anda tidak memperbaharui insurans selepas itu, mungkin dalam setahun atau 2 tahun atau lebih anda tidak menggunakan NCD tersebut, NCD kereta anda akan jatuh dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi 0%.

Sebagai contoh, anda mempunyai 55% NCD tetapi tidak digunakan selama 2 tahun, secara automatik NCD akan berkurang jadi 45% untuk memperbaharui selepas ini (next renewal).

2. Pemindahan NCD ke Syarikat Insurans Yang lain atau Kenderaan Yang Lain

Syarikat Insurans

NCD boleh dipindahkan dari Syarikat A ke Syarikat B. Contohnya, tahun lalu anda membeli insurans dengan Syarikat A dan mempunyai 25% NCD. Pada tahun ini anda mahu memperbaharui insuran tetapi dengan Syarikat B. Anda tetap layak mendapatkan NCD seterusnya iaitu 30%. Apa yang penting anda tidak pernah membuat tuntutan insurans.

Sebenarnya pelanggan mempunyai hak untuk memperbaharui insurans dengan mana-mana syarikat insurans yang mereka mahu. Ada sesetengah ejen suka tahan-tahan NCD pelanggan. ini membuatkan pelanggan tersebut akan kembali kepada syarikat mereka. Harus diingatkan bahawa pelanggan berhak membuat pilihan. Jika mana-mana ejen memberi alasan yang pelik-pelik jangan percaya mereka.

Kenderaan

NCD juga boleh dipindahkan dari kereta lain ke kereta yang lain dengan syarat:

  • Pemilik kenderaan mestilah orang yang sama. Walaupun mahu dipindah kepada isterinya tetap tidak boleh.
  • Kategori kenderaan mestilah sama. Contohnya NCD kereta persendirian hanya boleh dipindahkan untuk kereta persendirian sahaja. Begitulah sebaliknya. Walaupun NCD kereta komersial dan motorsikal adalah sama, tetapi NCD tidak boleh dipindahkan sebab jenis kenderaan yang berlainan.

Lagi Berkaitan NCD

Jika anda membeli kereta baru jenis Mercedes Benz, NCD untuk tahun pertama sudah semestinya 0%.Harga insurans untuk permulaan ini semestinya sangat mahal.

Dalam masa yang sama, anda memiliki sebuah kereta kancil dengan NCD 55%.Maka anda boleh memindahkan NCD Kancil ke NCD Mercedes Benz dan insurannya akan menjadi lebih murah. Mungkin ada yang akan berkata,

“Adoi! insurans kancil tu akan jadi mahal lah tahun depan!”.

Sudah tentu mahal tetapi anda mempunyai 2 pilihan samada mahu membayar insurans kancil pada harga 3 ke 4 ratus atau membayar insurans Mercedes Benz pada harga 5 ke 6 ribu ringgit.

BAGAIMANA MAHU SEMAK NCD ANDA?

Untuk menyemak NCD anda, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. Sila layari laman web My Car Info:

check ncd,
My Car Info

2. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda.

3. Sila klik kotak setuju dengan terma dan syarat.

4. Sila klik butang GET MY NCD REPORT.

NOTA: Jika tiada masalah, anda akan terus dapat keputusan semakan NCD anda seperti di bawah:

ism ncd,
My Car Info 2

Anda sudah tahu bukan NCD kereta anda? Adakah anda bersedia untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta anda? Jika bersetuju, anda mempunyai beberapa pilihan dan cara untuk memperbaharuinya. Jika anda mempunyai kad debit, kad kredit ataupun perbankan internet anda boleh cuba memperbaharui insuran kereta secara online dengan sendiri.

Jika anda suka dengan entri ini dan difikir bermanfaat, sila kongsikan dengan menggunakan butang media sosial yang disediakan.

Sumber: My Roadtax dan facebook

Kanak-Kanak Tertinggal Atas Motosikal Yang Bergerak Laju Selepas Kemalangan. Apa Terjadi Selepas Itu Sangat Tidak Disangka

Dua Beranak Hidup Daif

Sedih Tengok Dua Beranak Ni Hidup Serba Kekurangan. Duit Simpanan Nak Buat Rumahpun Pernah Kena Sebat