in

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat Sunat Hariraya

Esok Ramadhan Kareem akan meninggalkan kita semua. Walaupun ada yang merasa sedih kerana Ramadhan bakal ditinggalkan oleh bulan yang mulia ini, Allah menggantikan dengan kemeriahan yang dianggap sambutan kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Dengan tibanya bulan Syawal, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan dan hati yang gembira walaupun ramai saudara kita masih berada dalam kesengsaraan perang serta ada yang tidak boleh beraya dengan keluarga atas faktor-faktor tertentu.

Walau apapun keadaan kita, ketibaan Syawal sangat penuh bermakna dan perlu diraikan walaupun dalam serba kekurangan. Salah satunya adalah dengan melakukan solat sunat aidilfitri. Tujuannya adalah bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kesempatan bagi kita menunaikan ibadah puasa dan menikmati bulan Ramadhan.

waktu solat sunat aidilfitri
Solat Sunat Aidilfitri adalah sunat muakkad

SOLAT SUNAT HARIRAYA AIDILFITRI

WAJIB ATAU SUNAT?

Solat Sunat Hariraya Aidilfitri hukumnya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut dalam Islam.

WAKTU PERLAKSANAAN

Menurut mazhab Syafi’ie, Solat Sunat Aidilfitri bermula dari terbitnya matahari pada hari raya dan berakhir apabila tergelincir matahari bersamaan masuknya waktu zohor. Waktu yang terbaik ialah ketika matahari telah naik dengan kadar segalah atau dua galah.

Nota: Kadar segalah (الرمح) ialah tiga meter pada pandangan mata iaitu lebih kurang 30 minit selepas matahari terbit. [Rujuk: al-Fiqhul-Wadhih, Dr. Muhammad Bakar Ismail, jil. 1, hlm. 266]

TEMPAT PERLAKSANAAN

Adalah lebih afhal jika dilakukan ditempat lapang seperti padang kecuali ada halangan seperti hujan dan lain-lain halangan. Abu Sa’id Al Khudri mengatakan:

“Rasulullah S.A.W biasa keluar pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha lalu menuju tanah lapang.” [HR. Bukhari no. 956 dan Muslim no. 889]

sunnah solat aidilfitri
Adalah lebih afdhal dilakukan di tempat lapang

PERKARA SUNAT SEBELUM KELUAR UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

Sunat bagi seseorang melalukan perkara-perkara di bawah sebelum keluar untuk menunaikan solat sunat aidilfitri.

1. Mandi Sunat

Ibnul Qayyim mengatakan, “Terdapat riwayat yang sahih menceritakan bahawa Ibnu ‘Umar yang dikenal sangat mencontohi ajaran Nabi saw biasa mandi pada hari Aidilfitri sebelum keluar solat.”[Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى

Nawaitul Ghuslali I’dil Fitri Sunnatallillahi Taa’la

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah Ta’ala”.

2. Berhias Serta Memakai Pakaian Baru dan Terbaik

Ibnul Qayyim mengatakan lagi, “Nabi saw biasa keluar ketika solat Aidilfitri dan Aidiladha dengan pakaiannya yang terbaik.”[Zaadul Ma’ad fii Hadyi Khoiril ‘Ibad, 1/425]

waktu solat raya aidilfitri
Disunatkan memakai pakaian baru atau yang terbaik

3. Menjamah Walau Sedikit Makanan

Dari Abdullah bin Buraidah, dari ayahnya, dia berkata, “Rasulullah saw biasa berangkat menunaikan solat Aidilfitri dan baginda makan terlebih dahulu. Sedangkan pada hari Idul Adha, beliau tidak makan lebih dulu kecuali setelah pulang dari solat baru beliau menjamah hasil korbannya.” [HR. Ahmad 5/352 ]

Tujuan disebalik menjamah sebelum keluar adalah untuk membezakan hari tersebut bukan lagi hari berpuasa. [Shahih Fiqh Sunnah, 1/602.]

4. Bertakbir Ketika Keluar

Dalam suatu riwayat disebutkan,

“Nabi S.A.W biasa keluar hendak solat pada hari raya Aidilfitri, lantas baginda bertakbir sampai di lapangan dan sampai solat hendak dilaksanakan. Ketika solat hendak dilaksanakan, beliau berhenti dari bertakbir.”[As Silsilahh Ash Shahihah no. 171]

5. Berjalan Kaki Ke Tempat Solat

Dari Ibnu ‘Umar, beliau mengatakan,

“Rasulullah saw biasa berangkat solat hari raya dengan berjalan kaki, begitu juga ketika pulang dengan berjalan kaki.”[HR. Ibnu Majah no. 1295]

waktu solat aidilfitri 2019
Anda juga disunatkan berjalan kaki ke tempat solat

6. Menyuruh Wanita dan Anak Kecil Ikut Sertai Solat

Sepertimana yang disebut dalam hadits Ummu ‘Athiyah yang bermaksud:

“Nabi saw memerintahkan kepada kami pada saat solat Aidilfitri agar mengeluarkan para gadis yang baligh dan wanita yang dipingit, begitu pula wanita yang sedang haid. Namun baginda memerintahkan pada wanita yang sedang haid untuk menjauhi tempat solat.” [HR. Muslim no. 890]

Namun kaum wanita wajib memerhatikan adab-adab ketika keluar rumah, iaitu tidak berhias diri dan tidak memakai harum-haruman.

TATACARA TAKBIR RAYA

Disyari’atkan dengan mengeraskan bacaan takbir. Ini berdasarkan kesepakatan empat ulama madzhab.[Majmu’ Al Fatawa, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, 24/220]

Antara lafaz takbir adalah:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

“Allahu akbar, Allahu akbar, laa ilaaha illallah wallahu akbar, Allahu akbar wa lillahil hamd.

Syaikhul Islam juga menerangkan jika seseorang mengucapkan “Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar”, itu juga diperbolehkan.

niat sembahyang idul lfitri
Takbir Hari Raya

PERBEZAAN DENGAN SOLAT BIASA

Tidak ada solat sunat sebelum dan selepas

Dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata:

“Rasulullah saw pernah keluar pada hari raya lalu baginda mengerjakan hari raya 2 rakaat, tetapi baginda tidak mengerjakan solat qabliyah maupun ba’diyah.”[HR. Bukhari no. 964 dan Muslim no. 884.]

TIADA AZAN DAN IQAMAH

Dari Jabir bin Samuroh, ia berkata:

“Aku pernah melaksanakan solat hari raya (Idul Fithri dan Idul Adha) bersama Rasulullah saw bukan hanya sekali atau dua kali, ketika itu tidak ada azan mahupun iqamah.”[HR. Muslim no. 887]

PANDUAN DAN TATACARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Rakaat Pertama

1. Bermula dengan niat kemudian Takbiratul Ihram.

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatan i’idil fitri rok’ataini makmuman lillahi ta’ala.
“Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.”

2. Kemudian Takbir sebanyak kali. Dilakukan sebelum membaca Al Fatihah. Boleh mengangkat tangan ketika takbir-takbir tersebut.

Nota: Tidak ada bacaan zikir tertentu di antara takbir. Namun riwayat Ibnu Mas’ud mengatakan:

“Di antara setiap takbir, hendaklah menyanjung dan memuji Allah.”

Syaikhul Islam mengatakan bahawa sebahagian salaf di antara tiap takbir dengan membaca tasbih seperti berikut:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي

“Subhanallah Wal Hamdulillah Wa Laa Ilaha Illallah Wallahu Akbar. Allahummaghfirlii War Hamnii”

niat sembahyang raya
Solat sunat hari raya terdapat sedikit perbezaan dengan solat sunat yang lain.

3. Baca Al-Fatihah dan surah lain

Adalah lebih afdhal membaca surah yang Nabi saw baca iaitu surah Qaaf pada rakaat pertama dan surah Al-Qamar pada rakaat kedua.

Waqid Al Laitsiy menjawab pertanyaan Umar bin Al Khattab mengenai surat apa yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W ketika solat hari raya. Lalu dia menjawab:

“Nabi S.A.W biasa membaca “Qaaf, wal qur’anil majiid” (surat Qaaf) dan “Iqtarobatis saa’atu wan syaqqol qomar” (surat Al Qomar).”[HR. Muslim no. 891]

4. Teruskan seperti solat-solat lain

Rakaat Kedua

1. Takbir sebanyak 5 kali selepas takbir ketika bangun daripada sujud. Kemudian baca Al-Fatihah dan surah lain.

2. Solat seperti biasa sehingga memberi salam.

KHUTBAH HARIRAYA

Selesai sahaja solat sunat aidilfitri, imam akan berdiri untuk berkhutbah membaca khutbah. Khutbah selepas solat sunat aidilfitri tidak wajib untuk didengari.

khutbah aidilfitri
Khutbah dilakukan selepas solat sunat aidilfitri

Dari ‘Abdullah bin As Sa-ib, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Aku saat ini akan berkhutbah. Sesiapa yang mahu tetap duduk untuk mendengarkan khutbah, silakan ia duduk. Sesiapa yang ingin pergi, silakan ia pergi.” [HR. Abu Daud no. 1155 dan Ibnu Majah no. 1290 ]

Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda dan juga diri penulis. Kadangkala ibadah yang datangnya setahun sekali, kita semua tidak mengingati cara untuk melaksanakannya. Mungkin kita boleh solat tetapi bacaan-bacaan tertentu sudah tentu terlupa.

VIDEO TAKBIR HARIRAYA

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE jika ianya memberi manfaat kepada anda. Layari juga page Suka Viral.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFIRTI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI.

Sumber: Iluminasi

Resepi Almond Crunchy Chocolate

Ketua SPRM

Latheefa Koya Ketua Pesuruhjaya Baru SPRM