in

Kecoh Papan Iklan Dipasang Terbalik, Ingatkan Kontraktor Tersalah Pasang

Boleh gelak sampai pecah perut jadinya bila lalu di tepi lebuh raya, ternampak kali pertama papan iklan yang dipasang secara terbalik. Perkara pertama yang terlintas di fikiran kita mestilah mengutuk pihak yang memasangnya. Itu sudah pasti.

Pada mulanya mungkin disangka ianya tidak disengajakan ketika memasangnya. Rupa-rupanya iklan terbalik tersebut turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang dan dulu telah menjadi tular di laman-laman sosial.

iklan terbalik
Kalau jumpa satu iklan begini, mungkin disangkakan kesilapan kontraktor yang memasang

Gambar-gambar papan iklan yang mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih putih itu menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook.

Pelbagai reaksi diterima daripada netizen, yang kebanyakannya memuji kebijaksanaan tuan empunya iklan. Mereka juga mendakwa ianya adalah salah satu strategi pemasaran dalam melariskan produk.

papan iklan terbalik
Kalau jumpa yang kedua, kitapun berfikir dua kali.

Bila ada yang memuji tak kurang juga yang mengkritik kononnya merbahaya dan mungkin menyebabkan kem4langan kepada pemandu kerana leka melihatnya.

“Memang bijaklah siapa punya idea ni, sah-sah orang akan bagi perhatian pada benda pelik”

“Lawak betul, tapi teknik pemasaran yang sangat menjadi. Barulah berbaloi semua orang tengok, siap ambil gambar lagi”

“Aduh! Sakit kepala aku terpaksa teleng kepala nak tengok, bo_doh betul. Bahay4lah kalau macam ni”

Apapun Respek kepada orang yang melakukannya kerana ia mampu berfikir jauh dan mungkin tidak ada lagi di dalam dunia ini pemasangan papan tanda yang sebegitu.

nexcions
Antara komen yang diterima

Apa komen anda pula? komen Min 1 ja. Mmin tengok gambar pun dah sakit tengkok.

Apa pun tidak dapat dinafikan ianya berjaya meraih perhatian ramai. Apa lagi agaknya perkara pelik pengusaha di Malaysia akan lakukan selepas ini?

Sumber: Syukor Majid

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Panduan Sekiranya Kenderaan Anda Terlibat Dalam Kemalangan Di Lebuhraya PLUS

Lelaki Sanggup Tukar Jantina Asalkan Hasrat Untuk Berkahwin Dengan Kawan Baiknya Tercapai