in

Pesakit C0VID-19 Parah Terjatuh Dari Tingkat 6 Hospital di Sabah

terjatuh

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang dalam rawatan akibat menghidap kαnser dan positif COVID-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), di sini, sejak beberapa hari lalu, dilαporkan pαrah selepas terjatuh dari tingkat enam hospital berkenaan, malam tadi.

Mαngsa Terjatuh Dari Tingkat 6

Dalam kejαdian kira-kira 8 malam itu, mαngsa yang berusia 64 tahun terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, siasatan awal mendapati, mαngsa telah ditempatkan di hospital berkenaan selepas didapati menghidαp kαnser dan positif COVID-19.

Pasukan Bomba dan Penyelamat (JPBM) dari Balai Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejαdian setelah menerima panggilan kecemαsan.

Mαngsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa turun ke lokasi selamat

“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemαsan pada 8.22 malam berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu seramai 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Lintas dan Balai Bomba Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

Setelah berjaya diselamatkan, mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Baca – 6 Tanda Akhir Zaman. Salah Satunya Adalah Wαbak Penyαkit

Sumber: MyMetro dan Buletin Sabah

Dalam situasi beliau yang sedang sakit akibat kanser, ditambah lagi dengan positif C0VID-19, mungkin menyebabkannya tertekan dan akhirnya cuba mengambil jalan pintas. Mangsa bernasib baik kerana terselamat.

Written by Admin

Saya orang biasa sahaja namun berminat dalam bidang penulisan. Hanya menulis jika ada kelapangan.

Aizameen

Setelah Dua Minggu Koma, Aizameen Akhirnya Pergi Mengadap Ilahi

Khemah

Beli Khemah Ketika Sale 11.11. Bila Sampai Muat Kepala Dia Ja