Mulai hari ini, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Hal ini dinyatakan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelmarin dimana kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran itu dengan syarat pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran daripada polis sebelum berbuat demikian.

Pasangan Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri
“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.
“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya ketika sidang media mengenai perkembangan PKP di Kuala Lumpur semalam.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun menasihatkan kepada mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat. – Bernama
Pesanan daripada Sukaviral ialah, jika anda sihat sahaja memohon untuk merentas negeri. Jika tidak, tangguh dahulu dan sayangilah keluarga anda yang lain melainkan anda telah melakukan apa yang menteri sarankan