in

Pavithra: Saya Hanya Suri Rumah Suami Kerja Di Ladang Sawit, Telefon Beli Secara Hutang

Pavithra

Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai penonton melanggan saluran di Youtube kami, sedangkan kami sangat sangat laa baru, masih banyak lagi kekurangan dalam kandungan klip video itu yang perlu kami perbaiki, kata S Pavithra 28.

Chanel Sugu Pavithra Mendapat Sambutan Ramai

Sebelum itu, Pavithra dan suami, M Sugu, 29, tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas klip masakan yang telah dikongsi dengan menerusi saluran Youtube mereka mendapat perhatian ramai.

Sugu Pavithra
Biasanya akan memasak dan membuat rakaman selepas suami balik kerja atau pada hari cuti.

Pavithra memberitahu, dia dan suami mula berjinak sebagai Youtuber sejak Januari lalu selepas dicadangkan oleh seorang kawan baik yang juga seorang YouTuber untuk memuat naik video masakan di laman berkenaan.

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua klip video nyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur seterusnya melanggan saluran ‘Sugu Pavithra’ itu.

Menu pertama yang telah dikongsi oleh mereka adalah ikan talapia bakar. Pavithra memberitahu dia dan suami membuat tutorial memasak menggunakan bahasa Melayu.

Ibu kepada dua cahaya mata ini jelas terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat secara mendadak sehingga 10 ribu dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.

Fasih Berbahasa Melayu

Dikatakan suaminya seorang pemalu.

“Pada peringkat awal, rakan baik saya turut mempromosikan saluran kami di salurannya jadi mungkin juga itu antara faktor video kami ditonton lebih ramai pelayar sehingga jumlah pelanggan juga naik mendadak.”

Susulan daripada itu, pasangan ini telah menerima emel daripada YouTube untuk menjadi Rakan Youtube sekali gus membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan bulanan.

“Saya dan suami memang gemar memasak jadi kami tiada idea yang lebih baik untuk dijadikan kandungan utama saluran YouTube kami selain berkongsi resipi dan tutorial masakan.”

“Walaupun saya berbangsa India, saya ambil inisiatif untuk hasilkan video dalam bahasa Melayu berbanding Tamil supaya ia dapat difahami lebih ramai penonton di negara ini,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Pavithra berkata, jika orang lain mempunyai perkakasan dapur yang canggih, tidak pula bagi mereka yang hanya mempunyai perkakasan asas di dapur.

Kami Bukan Orang Senang

Hanya merakam menggunakan telefon bimbit

Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit. Kami pula tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.

Dengan berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip, kandungan video dihasilkan menggunakan telefon pintar yang dibeli secara hutang untuk tujuan perkongsian video terbabit.

Menurutnya, rakaman dibuat selepas suami pulang dari kerja atau pada hari cuti.

“Sebab itu, perkakasan yang digunakan untuk kandungan video hanyalah periuk, kuali dan sudip biasa, barang sedia ada di rumah yang kami gunakan setiap hari, tiada pun peralatan canggih.”

“Kami juga tiada tripod (kaki tiga) jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh.”

“Memandangkan suami agak pemalu sedikit, saya lebih banyak bercakap khususnya ketika kenalkan bahan-bahan dan cara-cara namun proses suntingan klip video dilakukan bersama selepas makan,” katanya.”

“Saya menerima pelbagai perkakasan seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan) dan ketuhar yang tidak pernah saya gunakan apa lagi miliki seumur hidup saya.”

“Tidak kurang juga pengikut yang menghantar bahan mentah serta rempah ratus untuk saya gunakan dalam penghasilan video.”

Pavithra turut menzahirkan jutaan terima kasih kepada pelanggan salurannya yang menghadiahkan mereka dengan pelbagai peralatan dapur.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada keluarga, jiran, rakan dan pelanggan yang sentiasa memberikan idea mengenai menu masakan seterusnya untuk saya hasilkan dalam video,” jelasnya lagi.

SAKSIKAN VIDEO MEREKA

Baca – Kisah Aunty Cina Tidak Mahu Bayar Di Kaunter Yang Dijaga Wanita Bertudung

Menurut News All MHI, jumlah pelanggan saluran Sugu Pavithra di laman Youtube sudah pun mencecah 217,000 pelanggan. Namun ketika artkel ini di tulis ianya sudah mencecah 267,000 pelanggan. Semoga terus berjaya.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

nuzul quran

Bukan Sekadar Cuti Umum, Nuzul Quran Satu Peristiwa Penting Turunnya Al-Quran

ara beringin

Ara Beringin Untuk Merawat Anak Kerap Sakit Atau Demam Malam