in

Pegawai Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Semasa Operasi Melawan Kebakaran

bomba cedera semasa operasi melawan kebakaran

Tugas bomba sememangnya sangat berat dan bahaya. Mereka terpaksa berhadapan dengan bermacam jenis bahaya demi kepentingan orangramai. Bahaya paling utama yang akan mereka hadapi adalah kesan daripada kebakaran. Akibat daripada kejadian kebakaran juga telah menyebabkan seorang Pegawai Bomba cedera terkena renjatan arus elektrik semasa operasi petang tadi di Sabah.

Pegawai Bomba, Asroy Nizam bin Saidi mengalami kecederaan terkena renjatan arus elektrik semasa menjalankan kerja-kerja melawan kebakaran rumah di Kg Rampayan Menggatal, Sabah. Sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dapat kembali bertugas seperti biasa.

anggota bomba cedera semasa operasi melawan kebakaran
Terkena renjatan elektrik boleh membawa m4ut

Beliau telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II dengan menaiki ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kebakaran melibatkan tiga (3) buah rumah jenis tidak kekal dimana dua (2) buah rumah keluasan 40 X 50 kaki musnah terbakar 100% manakala sebuah rumah lagi keluasan 20X30 kaki juga musnah terbakar 100%.

Dalam kejadian tersebut juga seorang penghuni salah sebuah rumah (lelaki) melecur di bahagian belakang dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

Operasi dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Kota Kinabalu.

MELAWAN KEBAKARAN
Kebakaran yang berlaku

Kami di Suka Viral menasihatkan orang ramai agar lebih menitikberatkan langkah-langkah pencegahan kebakaran di rumah kediaman kerana inilah harta kita yang ada. Jika terbakar, kita akan mengalami kerugian serta kehilangan harta benda.

Bukan itu sahaja, kebakaran boleh menyebabkan bencana lebih besar seperti kehilangan nyawa dan kecederaan samada kepada penghuni rumah itu sendiri. Kita juga tidak mahu ada pegawai bomba cedera semasa melaksanakan tugas-tugas murni tersebut.

Apa komen anda? Semoga tugas bomba terus dihormati dan diberi penghargaan. Jadilah bomba sebagai inspirasi kepada kita agar kita hidup dengan lebih selamat daripada bahaya akibat daripada kebakaran.

Jangan lupa komen, LIKE dan SHARE jika bermanfaat.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Piala FA 2019

Pengadil Jepun Adili Final Shopee Piala FA 2019 – MFL

Makna Istighfar

Makna Sebenar Disebalik ISTIGHFAR