in

Pekerja Maut Dihempap Kren

Safety First! Inilah ungkapan yang sering kita dengar di tapak-tapak projek sebemulm memulakan tugas seharian. Samada memahami atau tidak slogan SAFETY FIRST, semua pekerja tidak mengira pekerja tempatan atau pekerja asing, samada yang fasih berbahasa atau yang langsung tidak faham, mereka akan melaungkan slogan tersebut. Walau bagaimanapun kuat atau tidak laungannya, mereka wajib mengikuti undang-undang atau langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan.

INGAT! KEMALANGAN TIDAK BERBAU DAN MATI ADALAH RAHSIA SANG PENCIPTA.

Sinar Online melaporkan , dua lelaki yang bekerja di tapak projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, maut dihempap kren, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di tapak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata kejadian berlaku pada jam 3.45 petang, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sumber: The Malaysian Inside

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun dan berasal dari Selangor serta warga Pakistan berusia 22 tahun.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia, masing-masing di tempat kejadian serta ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Seorang lagi warga Pakistan berusia 24 tahun dilaporkan cedera, namun keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Saiful Azhar Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun pihaknya masih menunggu maklumat lengkap hasil siasatan jabatan itu berhubung insiden berkenaan.

Terdahulu, kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook selepas video mengenai insiden tersebut dimuat naik dalam akaun FB Suara Anak Pengerang, sebelum turut dikongsi sebuah lagi akaun FB Orang Kota Tinggi. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Resepi Gulai Batang Pisang

Bekas Anggota TUDM Lemas Dibawa Arus Ketika Mencari Batu Untuk Diletakkan Pada Pusara Ibunya