Pelakon Idris Khan Bakal Menamatkan Zaman Bujang Bulan Depan?

Pelakon kacak yang semakin dikenali, Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan atau lebih dikenali sebagai Idris Khan bakal berkahwin dalam masa yang terdekat ini.

Sumber Star2.com

Sumber yang boleh dipercayai memaklumkan bahawa Idris mengaku telah bersedia untuk menyunting kekasih hatinya Sanaa Jaffer yang berasal dari Maghribi untuk menjadi suri hatinya selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta.

“InsyaAllah, kami akan melangkah ke jinjang pelamin bulan depan. Januari depan genap dua tahun saya mengenali Sanaa. Sepanjang mendekatinya, saya lihat dia memenuhi ciri yang saya cari sebagai suri hidup.

“Saya selesa dengannya kerana Sanaa memahami apa yang saya lakukan. Tidak mudah untuk mereka yang berada di luar lingkungan dunia hiburan memahami insan seni, tetapi bakal isteri pula sebaliknya”, ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kekasihnya itu juga sudah mula faham dengan cara kerjanya sebagai anak seni malah sudah boleh membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya Idris yang tidak tentu masa.

“Saya berharap perancangan kami ke arah yang lebih baik itu akan dipermudahkan,” ujarnya lagi kepada Berita Harian.

Menurut Idris lagi selain daripada gembira kerana bakal bergelar suami tidak lama lagi, ada satu lagi perkara yang membuat dirinya teruja menanti kedatangan bulan Disember akan datang kerana filem pertama terbitannya, KL Wangan yang diterbitkan bersama rakan-rakan lain bakal ditayangkan.

“Alhamdulillah, segala persediaan akhir sebelum filem ini menjengah pawagam sudah hampir selesai. Saya mengakui, teruja untuk melihat hasilnya nanti kerana ia percubaan pertama dan terbesar pernah saya lakukan,” katanya.

Sumber : Mstar

Sukaviral mendoakan agar segala perancangan Idris untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan dan berjalan lancar.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *