Sejak kecil sudah menjadi kegilaannya dengan pesawat pejuang. Akhirnya impian usahawan muda dari Amerika Syarikat menjadi kenyataan apabila berjaya memiliki pesawat MiG-29 sendiri.
Jared Isaacman dilihat seolah-olah telah berjaya membina tentera Udaranya sendiri selepas berjaya menubuhkan Draken International LLC yang merupakan sebuah syarikat kontraktor untuk melatih juruterbang tentera.
Pesawat Lain Selain MiG-29
Syarikat tersebut merupakan kontraktor bagi melatih juruterbang-juruterbang pesawat pejuang terbesar di dunia. Perusahaan yang berpengkalan di Lakeland, Florida ini memiliki 70 buah pesawat pejuang. Wah! jumlahnya saja melebihi jumlah pesawat bagi sesetengah tentera udara lain di dunia.
Antara pesawat-pesawat yang berada di dalam inbentori syarikatnya adalah 13 A-4K/N Skyhawk, 23 L-159E ALCA, 22 Mirage F1M/B, dan 12 Atlas Cheetah C/D.
Menurut Airspace Review, pada tahun 1999 anak muda ini bukanlah siapa-siapa. Namun selepas sepuluh tahun iaitu dalam tahun 2019, beliau sudah memiliki puluhan pesawat di Draken International. Betul ke ni?

Bagaimana Beliau Memperolehinya?
Kisahnya bermula Co-founder Mictosoft, Paul Allen, yang memiliki MiG-29UB di Jerman telah meninggal dunia ketika berusia 65 tahun kerana akibat kanser.
Ramai tertanya-tanya siapakah yang akan memiliki MiG-29UB yang dijaga dan diselenggara dengan baik oleh Paul Allen semasa hayatnya. Tanpa disangka, Jared Isaacman telah menjadi pemilik baru pesawat tersebut.
Kedudukan pesawat ini berbeza dengan pesawat lain dalam Draken International kerana ianya dijadikan sebagai pesawat atau jet peribadi Isaacman.
“Untuk kemudahan peribadi sahaja,” kata Isaacman yang juga juruterbang kepada pesawat itu.

Isaacman berkata, satu masa mungkin dia akan menerbangkan pesawat MiG-29UB miliknya itu ke pertunjukan udara agar orang boleh melihatnya sendiri.
Baca – China Larang Pesawat TUDM Sertai Operasi Bawa Keluar Rakyat Malaysia Dari Wuhan
Dikhabarkan Isaacman menjual Draken International dengan harga jutaan dolar kepada sebuah firma pelaburan dan kini menumpukan kepada perniagaan pemprosesan kad kreditnya iaitu Shift4 Payments.