in , ,

Penawar Untuk Angin Medu

Penawar Penyakit Angin Medu

Masalah angin memang sering kita alami. Biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman. Kebanyakan kita pasti pernah mengalami masalah angin medu. Bezanya adalah samada ia mudah atau susah untuk keluar dari badan.

Sesiapa yang terkena angin biasanya akan merasa sakit di dalam perut dan ada masanya naik ke dada sehinggalah sampai kebelakang. Kadang-kadang hendak bernafaspun susah dan boleh menyebabkan muntah. Sakit Allah sahaja yang tahu.Bila berubat tidak juga sembuh, mula akan terfikir yang bukan-bukan.

angin medu
Jika terkena angin sakitnya hingga ke ulu hati

Bila dah terkena angin yang menyakitkan, maka terpaksalah pergi ke klinik atau hospital. Manakan tidak, tidak mampu bernafas dan keluarga sangkakan kita sakit jantung. Selepas diperiksa, doktor akan bagi ubat angin. Jika bernasib baik kita akan sembuh manakala jika tidak bernasib baik, angin tetap berpusing-pusing dalam badan.

Untuk pengetahuan anda semua orang-orang yang terdahulu menggelarkan penyakit ini sebagai penyakit angin medu. Sebenarnya penyakit angin medu ada berbagai jenis seperti medu batang, medu senak, medu kembung dan medu usus. Sekarang ini ianya dikenali sebagai Hernia atau uluran.

Penyakit ini sebenarnya berpunca daripada usus kita yang bermasalah. Ia terjadi disebabkan kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam badan kita. Ia akan menyebabkan angin kotor yang masuk dalam usus serta urat yang mengandungi karbon dioksida menjadi lemah dan kembang.

Berikut adalah cara-cara untuk membuang angin medu iaitu asid hidroklorik, karbon dioksida serta angin kotor tadi.

penawar angin
Herba untuk penawar angin medu

BAGAIMANA CARA RAWATAN

Bahan-bahan:

  • 30 helai daun senduduk (tak kisah warna apa sekalipun). Tumbuhan ini mengandungi saponin, flavonoida dan tanin manakala daunnya pula mempunyai zat penyemak.
  • 20 helai daun selaput tunggul kerana ia boleh mengeluarkan bahan kimia yang di panggil phenolic flavanoid. Pokok selaput tunggul hampir serupa dengan pokok kapal terbang tetapi ia tumbuh menjalar.
  • 2 genggam daun inai. Daun inai pula mengandungi asid henotanik dan pewarna glukosid.
  • 1.5 litar air.

Cara Menyediakan dan Merawat:

  • Rebus semua herba tadi.
  • Minum air rebusan tersebut dua gelas setiap hari.
  • Amalkan

In Sha Allah penyakit angin medu tadi akan sembuh. Herba ini pula sangat senang untuk diperolehi tanpa sebarang kos. Salin dan simpan atau save dalam komputer. Ia sangat berguna bila kita sakit. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber: Petuah & Ubatan Tradisonal Nusantara

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

BR1M Bukan Duit Curi - Najib

BR1M Bukan Sumber Dari Duit Curi – Datuk Seri Najib

Esen Vanila Penawar Sakit Gigi