in

Penawar Untuk Penyakit Migrain

Migrain adalah gangguan kronik yang bercirikan sakit kepala ringan yang sering dikaitkan dengan gejala sistem saraf autonomi. Perkataan migrain berasal dari bahasa Yunani (ἡμικρανία atau Hemikrania), yang membawa maksud “sakit pada satu sisi kepala”.

Hanya Allah saja yang tahu berapa deritanya orang yang diserang penyakit migrain. Tahukah anda bahawa penyakit ini kebanyakannya berlaku kepada kaum wanita. Kebanyakannya adalah akibat genatik atau keturunan.

PUNCA MIGRAIN

Migrain terjadi apabila salur pembuluh darah di otak mengecil, tetapi dengan secara tiba-tiba ia akan membesar pula.

Apabila sahaja ia berlaku pada saluran darah di otak kita, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi berkurangan di bahagian yang bermasalah itu. Sebab ini berlakulah kesakitan yang dinamakan magraine.

PETUA MERAWAT MIGRAIN

Ustaz Rosdi Md Hasan memberitahu bahawa orang-orang tua yang terdahulu mempunyai petua dan ilmu yang sangat hebat dan ampuh untuk merawat berbagai jenis penyakit secara tradisional. Salah satunya adalah merawat penyakit MIGRAIN.

Biasanya orang-orang tua dahulu akan menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di sekitar mereka. Bagi merawat migrain, mereka biasanya akan mencari atau mendapatkan kelapa muda yang hijau berserta dengan sebiji limau nipis.

BACA JUGA: Cara Merawat Luka Yang Sukar Sembuh

penawar penyakit migrain
Bahan untuk rawatan migrain hanya menggunakan limau nipis dan kelapa muda

Kelapa muda tersebut akan di tebuk di bahagian atas. Kemudian limau nipis akan dibelah dua. Separuh akan digunakan untuk mendapatkan airnya dengan cara memerah masuk ke dalam kelapa tadi.

Seterusnya mereka akan berdoa seperti berikut:

1.  Bacalah Bismillah empat sebanyak tujuh kali.

2.  Membaca surah Al Waqiah di mana ayat yang ke 19 akan dibaca sebanyak tiga kali lalu ditiupkan ke dalam kelapa muda tersebut. Kemudian anda biarkan selama lima minit dan barulah boleh diminum.

Lakukan rawatan seperti ini sebanyak dua kali pada setiap minggu. In sha Allah kita akan dapat merasa ada perubahan dan ada tanda-tanda penyembuhan yang berlaku secara perlahan-lahan.

Kita hanya mampu berikhtiar, tetapi kuasa penyembuhan adalah bukan milik kita. Semua milik dan kehendak Allah SWT.

40 Cara Elak Gangguan Jin dan Syaitan

Daftar Mengundi