in

Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan Wang Caruman Bila-Bila Masa Tanpa Had Mulai Januari 2018

PENAMBAHBAIKAN SKIM DAN POLISI KWSP

Beberapa hari lalu,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan empat penambahbaikan ke atas skim dan polisi. Ianya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018 sebagai usaha berterusan KWSP membuat penambahbaikan dan memenuhi jangkaan ahli.

Photo: beetify

Semasa mengumumkan dalam taklimat media hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata:

“KWSP menjangkakan majoriti ahli akan berhadapan dengan cabaran dalam persediaan persaraan mereka berikutan perubahan demografi yang mendadak di Malaysia dan di serata dunia, selain kemunculan revolusi perindustrian. Oleh itu, inisiatif penambahbaikan ini adalah usaha kami untuk memenuhi perubahan dalam keperluan dan jangkaan ahli.”

PENAMBAHBAIKAN BERKUATKUASA 1 JANUARI 2018

1.  Pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah.

Ahli diberi pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad sebagai penama/pentadbir atau pemegang amanah kepada simpanan KWSP mereka bagi memudahkan pengagihan simpanan kepada waris terdekat apabila ahli meninggal dunia. Ini boleh memberi manfaat terutamanya kepada ahli yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Pilihan ini adalah tambahan kepada hak sedia ada ahli untuk melantik mana-mana individu sebagai penama.

Photo: e-pusaka

2.  Penambahbaikan ke atas pilihan pembayaran Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun.

Polisi Pengeluaran umur 55 dan 60 tahun telah ditambah baik dan dipermudahkan bagi membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa dari akaun KWSP mereka, berbanding polisi semasa yang hanya membenarkan pengeluaran tidak kurang daripada RM2,000 setiap 30 hari. Selain itu, ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan, berbanding RM250 dalam polisi terdahulu.

Bagi membantu ahli merancang keperluan persaraan jangka panjang dan membuat anggaran jumlah dan kekerapan pengeluaran yang baik, KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan yang disediakan secara percuma kepada ahli di 18 cawangan seluruh negara.

3. Polisi pengeluaran fleksibel sehingga umur 100 tahun.

Polisi pengeluaran fleksibel, yang membolehkan ahli membuat pengeluaran sebahagian untuk sebarang jumlah pada bila-bila masa, telah dilanjutkan kepada umur 100 tahun daripada had umur semasa 75 tahun. Ahli juga boleh memilih untuk membuat gabungan pengeluaran sebahagian dan bulanan. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan pelanjutan tempoh pembayaran dividen daripada umur 75 tahun ke 100 tahun.

Photo: say

4.  Melanjutkan Bantuan Kematian dari umur 55 tahun ke 60.

Bantuan kematian semasa sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut oleh waris terdekat sekiranya ahli meninggal dunia sebelum umur 55 tahun, kini akan dilanjutkan kepada umur 60 tahun. Penambahbaikan ini adalah selaras dengan umur persaraan minimum pada 60 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai penambahbaikan skim dan polisi KWSP bermula 1 Januari 2018, layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

INFO :

Apakah e-Pengeluaran?

Pencarum atau mana-mana ahli yang mengambil atau masih lagi mempunyai baki pinjaman perumahan dengan mana-mana bank seperti berikutnya:

1. Maybank
2. Bank RHB
3. Bank OCBC
4. Bank Simpanan Nasional (BSN)
5. Bank Islam

Anda boleh membuat permohonan untuk Pengeluaran Perumahan KWSP dengan menghantar borang permohonan menerusi e-Pengeluaran secara online iaitu bagi ahli yang mempunyai mempunyai i-Akaun sahaja. Manakala, ahli yang belum berdaftar harus mendaftar terlebih dahulu untuk memohon secara atas talian.

Sumber : Media Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Projek Azam Simpati 2018 Bagi Membantu Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Sempena Tahun baru

Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Yang Sangat Berkesan