in ,

Pendaftaran i-Suri Bermula Hari Ini

Skim i Suri Kini Dibuka

i-Suri atau Caruman Sukarela Insentif Suri boleh didaftar bermula hari ini bagi mereka yang layak. Mereka yang layak bolehlah mendaftar sebagai Ahli KWSP untuk menyertai skim ini di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara. Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Mohd Naim Daruwish.

Datuk Mohd Naim Daruwish

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang telah mendaftar profil mereka di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

Bagi melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan, caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan persaraan dan dalam akaun KWSP mereka.

Menurut Datuk Mohd Naim lagi, individu yang layak mendaftar i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP yang lain.

Pendaftaran i-Suri telah dibuka selepas pelancaran rasmi Insentif Suri Rumah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018, minggu lalu.

Ahli i-Suri akan menerima manfaat sama seperti Ahli KWSP yang lain

Surirumah yang menyertai Skim I-Suri ini akan menerima manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain. Antara manfaat yang akan diterima oleh mereka ialah:

  • Dividen tahunan ke atas simpanan persaraan
  • Pengeluaran ketika umur 50, 55 dan 60 tahun
  • Bantuan hilang upaya
  • Khairat kematian.

Mohd Naim berkata:

“Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan”.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh eKasih, seramai 221,890 suri rumah merangkumi 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal adalah daripada golongan miskin tegar. Mereka layak untuk menerima insentif kerajaan itu selepas mereka mendaftar untuk menyertai Skim i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-80008000.

Bagi anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Skim i-Suri atau untuk mendapatkan penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Sumber: My Metro

Bahaya Tomyam Campur

Bahaya Makan Tomyam Campur – Ustaz Kazim Elias

Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Ilyani

Kerajaan Negeri Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Nur Ilyani Jika Beliau Dipecat