in

Lebih 1000 Pendatang Miliki Mykad Sah Masih Ada Dalam Negara?

Pendatan Miliki Mykad Sah
Gambar Sekadar Hiasan

Macam tidak percaya bila terbaca Metro Online menyatakan bahawa lebih 1,000 pendatang yang memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini. Ini berikutan kegagalan mereka memiliki pasport untuk kembali ke negara asal masing-masing.

Lebih mengejutkan, itu adalah jumlah yang direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya.

Benarkah Pendatang Miliki Mykad Sah?

Menurut sumber lagi, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhian4t di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.

Dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.

Lebih mengejutkan lagi kata sumber, wanita berkenaan bukannya datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri seorang diri, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang juga memiliki MyKad sah.

“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.

“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.

Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.

Kejayaan pihak berkuasa memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenay4h terancang ini.

Menurutnya lagi, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam. (Harap jumlah harga ni sumber asal tidak salah taip).

“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.

“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan lelaki bergelar Datuk, pegawai kerajaan, anak dan bapa mentua antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, kelmarin atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.

Bagi Admin mereka ini jika benar melakukannya adalah pengkhianat negara yang sama taraf dengan penggan4s komunis satu ketika dahulu. Bayangkan pasukan keselamatan bertugas 24 jam menjaga sempadan dan keamanan, mereka mudah sahaja membenarkan pendatang masuk.

Apa komen anda tentang mereka ini? Semoga jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal sebagai pengkhianat negara.

 

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Cara Masak Ikan Siakap

Resepi Siakap Masak Kengsom Yang Mudah dan Sedap

Lelaki Belasah Bekas Isteri dan Bapak Mertua

Bel4sah Bekas Isteri dan Bapak Mertua Tanpa Belas Kasihan