in ,

Pengadil Jepun Adili Final Shopee Piala FA 2019 – MFL

Piala FA 2019

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam mengesahkan tiga pengadil dari Jepun bakal diberi tanggungjawab mengadili aksi Akhir Shopee Piala FA 2019 yang menemukan dua jaguh dari Utara, Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Menurut Kevin, penglibatan tenaga pengadil dari negara matahari terbit itu bukan sahaja menyemarakkan lagi suasana Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 sebaliknya dapat memberikan satu kelainan khususnya dalam aspek mutu pengadilan.

Walau bagaimanapun, bagi memantapkan lagi mutu pengadilanpengadil tempatan turut tidak terlepas daripada diberikan tanggungjawab di mana seorang wakil negara akan terlibat sebagai pengadil keempat perlawanan.

Shopee Piala FA
Stadium kebanggaan negara, Stadium Nasional Bukit Jalil. – Kredit Foto: archdaily.com

“MFL percaya bahawa JFA (Persatuan Bolasepak Jepun) akan memberikan wakil-wakil terbaik mereka untuk menjadi pengadil Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019.

“FAM yang membuat perlantikan (pengadil aksi final Shopee Piala FA 2019) di mana saya juga percaya FAM akan memastikan pengadil itu sesuai dengan perlawanan ini dan saya berasa yakin Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 akan berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di SNBJ hari ini.

Sementara itu Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar yang turut hadir pada Mesyuarat Pengelola Perlawanan Akhir itu mengakui kali ini pihaknya turut mengalu-alukan kehadiran pengadil dari Jepun.

“Perak tiada masalah siapa juga pengadil kerana FAM lebih arif dalam pemilihan pengadil, kita selaku pasukan akur asalkan perlawanan berjalan dengan baik jadi tak perlu kita pertikaikan,” katanya.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Shahrul Samsudin juga percaya pendekatan FAM dan MFL itu seharusnya dipandang daripada sudut positif.

“Kami menyambut positif dengan lantikan pengadil berkecuali, bukan
menidakkan pengadil tempatan, mungkin perlawanan penting ini langkah terbaik adalah menggunakan khidmat pengadil asing. Ini kebiasaan berlaku apabila pengadil kita bertaraf FIFA pun menjadi pengadil perlawanan akhir di Liga Filipina,” jelasnya.

Kevin turut mengesahkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan terbaik dan sedia untuk aksi akhir nanti.

“Kita sudah teliti dalam tempoh sebulan dan MFL mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak stadium kerana mengawal dan menghadkan penggunaan padang.

“Pihak stadium turut berusaha untuk memastikan padang keadaan terbaik untuk aksi final Shopee Piala FA 2019 ini dan MFL berharap tiada sebarang masalah berkaitan padang pada kali ini,” ujarnya.

Sumber: foxsports

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

guru dikasari waris

Tular Waris Kasari Guru Di Kawasan Sekolah

bomba cedera semasa operasi melawan kebakaran

Pegawai Bomba Cedera Terkena Renjatan Elektrik Semasa Operasi Melawan Kebakaran