in

Pilot TUDM Menceritakan Pengalamannya Bawa Mat Sabu (Menteri Pertahanan)

Pengalaman Pilot TUDM

Anggota Tentera samada Pegawai atau Anggota LLP (Lain-lain Pangkat) memerlukan tahap disipin yang tinggi. Mereka perlu menjaga disiplin mereka dalam apa jua aktiviti mereka. Salah satunya ketika berdepan dengan orang yang berpangkat lebih besar.

Bukan senang seorang anggota tentera untuk bersembang dan bergurau dengan orang atasan kerana mereka terlalu protokol. Mahu bercakap dengan orang atas daripada kita kena berdiri tegak dan tangan tidak boleh menunjuk sana sini. Apalagi nak bercakap dengan Menteri Pertahanan atau ringkasannya MENHAN.

Kini semuanya berubah bagi anggota angkatan tentera setelah tampuk pemerintahan bertukar dan yang dilantik menjadi MENHAN adalah seorang yang memang selalu bergaul dengan orang biasa sejak puluhan tahun berkecimpung dalam arena politik. Beliau adalah YB Mat Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman juruterbang TUDM Mohamad Ridhwan Yahaya yang ditugaskan membawa MENHAN ke Kuala Terengganu pada awal bulan julai yang lepas bersama krew dan anak kapal bagi menghadiri satu majlis rasmi.

Kalau MENHAN dulu-dulu bergaul seperti Abang Mat tentu mereka disenangi oleh orang bawahan. Kita mahukan orang hormat kita dan senang dengan kita tetapi bukan kerana takut dengan jawatan dan kedudukan kita.

Difahamkan antara MENHAN yang disenangi oleh Anggota ATM adalah bekas Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Razak. Walaupun beliau agak protokol tetapi banyak perubahan yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu.

Semoga Abang Mat ni menjadi lebih baik daripada yang terdahulu. Bukan sahaja dari segi kemesraan beliau dengan orang bawahan malah menaiktaraf apa yang perlu seperti elaun, gaji, aset, kekuatan dan juga disiplin anggota ATM sendiri seperti era 70an ke 90an.

Rosmah Mansor

Senarai Puluhan Barang Kemas Yang Dituntut Dari Datin Seri Rosmah Mansor Oleh Pemborong Barang Kemas

Petua Menghalau Tikus Yang Sangat Berkesan

Petua Halau Tikus Paling Berkesan – Anda Harus Mencubanya