in

Pengalaman Wanita Berniqab Berkahwin Dengan Lelaki Bertatu. Tak Sangka Suaminya Itu…..

Umum mengetahui bahawa jodoh dan ajal maut adalah ketetentuan ilahi. Kita tidak mengetahui dengan siapa kita akan berkahwin dan sejauh mana jodoh kita itu akan berkekalan. Kita hanya mampu berdoa. Begitu juga dengan ajal, kita tidak mengetahui bila kita akan mati. Kita hanya mampu berusaha untuk meyediakan bekalan sebelum mati.

Dalam soal memilih jodoh, kita hendaklah berhati-hati. Harus diingatkan, walau sejauh mana kita berhati-hati, kententuan Allah itu sudah pasti siapakah jodoh kita. Dalam agama islam, kita disarankan agar memilih pasangan yang patuh kepada ajaran agama. Ini tidak semestinya mereka yang tidak patuh, kita tolak mentah-mentah atau membuat hukuman sendiri mengatakan begitu-begini.

Tidak semua orang yang berkahwin dengan orang yang dilihat baik pada mata kasar itu bahagia atau kekal hingga akhir hayat. Dan tidak semua mereka yang berkahwin dengan orang yang agak kasar atau kategori suka melakukan kesalahan itu tidak akan panjang jodoh mereka. Saling bekerjasama, menghormati pasangan serta bertolak ansur sangatlah penting.

Disini kami ingin kongsikan kisah seorang insan yang menceritakan kisah hidupnya bersuamikan seorang yang pernah melalui zaman gelap yang pernah dicaci dan sebagainya.

Wanita berniqab
Semoga pasangan ini kekal bahagia

Berikut adalah catatan beliau:

“Nama saya Sarah Adriana. Berkahwin dengan seorang lelaki yang bertatu, bekas ahli kongsi gelap, keluar masuk ‘dalam’, vandalism, brutal, tak pandai agama, gangster, bekas tokan, tolak ‘barang’ dan segala jenis kegiatan jenayah.

Kenapa saya yang berjubah, bertudung labuh dan niqab boleh menerima lelaki seperti dia?

Normally, seorang perempuan seperti saya akan memilih seorang lelaki yang warak, kuat agama, baik dari segi penampilannya, bergelar ustaz atau pendakwah, pelajar agama, yang berjubah, berserban atau berkopiah, kan?

Jika kalian pernah berada dalam diri Sarah Adriana ini, kalian pun tak sanggup nak hadapi. Allah pernah uji saya dengan pelbagai ujian bila bersama lelaki yang nampak baik, nampak warak, dengan status ustaz, pelajar agama, yang berjubah, berserban, berkopiah. Jadi, cukuplah Allah dah bagi PERINGATAN pada saya bahawa IMAN SESEORANG BUKAN TERLETAK PADA PAKAIAN DAN PANDANGAN MANUSIA.

Walaupun saya pernah menjadi mangsa kerakusan, keganasan dan pencabulan dari ramai lelaki yang nampak baik, nampak warak, dengan status ustaz, pelajar agama, yang berjubah, berserban, berkopiah tapi sedikitpun saya tak berdendam dengan institusi keagamaan namun, saya minta hormatilah pilihan saya yang memilih seorang lelaki yang bertatu, bekas kongsi gelap, keluar masuk ‘dalam’, vandalism, brutal, tak pandai agama, gangster, bekas tokan, tolak ‘barang’ dan segala jenis kegiatan jenayah sebagai seorang SUAMI.

Bernikah dengan seorang lelaki yang bertatu dan nampak JAHAT pada pandangan masyarakat bukanlah satu kesilapan bagi saya. Sesungguhnya PERTEMUAN, JODOH, REZEKI dan AJAL adalah RAHSIA ALLAH PALING AGUNG.

Bernikah dengan seorang lelaki yang bertatu, bekas kongsi gelap, keluar masuk ‘dalam’, vandalism, brutal, tak pandai agama, gengster, bekas tokan, tolak ‘barang’ dan segala jenis kegiatan jenayah adalah lebih baik yang Allah SWT aturkan untuk saya bilamana Allah beri saya rasa alhamdulillah yang teramat sangat sebab dapat menjadi asbab penghijrahan seorang lelaki yang kalian anggap AHLI NERAKA ini berhijrah ke jalan Allah walaupun perjalanan hijrahnya mengambil masa yang lama, bukan drastik.

Demi Allah, lelaki yang kalian kutuk caci ini adalah lelaki yang sangat tegas menjaga solat, tegas dalam menjaga aurat isterinya, sangat penyayang dan sangat berlemah-lembut menjaga isterinya, sangat memahami, sentiasa melayan dan berkhidmat untuk isterinya, tak pernah meninggikan suara, sangat bertanggungjawab dalam keluarga, tak pernah berkira, tidak kedekut, tak pernah berkasar walau sekali, sentiasa memuaskan isterinya, tak pernah lupa untuk berkhidmat untuk agama, keluar tabligh setiap bulan, menyayangi anak-anak yatim, warga emas dan banyak lagi. Tak perlu cerita banyak kebaikan. Cukup ianya menjadi rahsia kami berdua.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nūr, ayat 26 yang bermaksud :

“Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Suamiku Karkun Ber’tattoo’,
SARAH ADRIANA

Begitulah coretan dari SARAH ADRIANA mengenai kisah hidupnya. Pada pandangan kami di sukaviral, tidak semua orang yang nampak baik, nampak warak, dengan status ustaz, pelajar agama, yang berjubah, berserban, berkopiah itu buruk akhlaknya. Mungkin itu sebahagian daripada kisah hidup beliau yang telah ditentukan Allah SWT untuk menguji beliau.

Semoga pembaca semua bijak menilai daripada kisah ini. Mudah-mudahan saudari SARAH ADRIANA bahagia disamping keluarga tercinta dan kekal hingga Jannah.

Sumber: Pena Islam

Tun Mahathir Berhasrat BR1M Diberhentikan Sepenuhnya

Tun Dr Mahathir Bercadang Menghentikan BR1M Sepenuhnya

BR1M Bukan Duit Curi - Najib

BR1M Bukan Sumber Dari Duit Curi – Datuk Seri Najib