in ,

Tidak Semua Penyakit Itu Berpunca Daripada Tabiat Pemakanan Tetapi Berkait Rapat Dengan MENTAL, FIZIKAL Dan PEMIKIRAN.

Biasanya kita diberi pemahaman bahawa penyakit yang kita hadapi adalah berpunca dari amalan pemakanan kita. Selain itu, penyakit juga adalah disebabkan kita kurang bersenam atau melakukan aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Sebenarnya menurut kajian, penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata-mata tetapi ianya melibatkan MENTAL, FIZIKAL DAN PEMIKIRAN. Seorang moderator menggunakan profile Radin Inten dalam entrinya menceritakan berkaitan punca-punca penyakit selain dari pengambilan makanan. Sila teruskan membaca.

Hasil dari penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor Muslim di Jepun mendapati kebanyakan penyakit jasmani yang hinggap kepada seseorang adalah berpunca dari penyakit rohani. Di bawah ini adalah jenis-jenis penyakit yang hinggap yang ada hubungkait dengan masalah kerohanian.

PENYAKIT DAN PUNCA

APPENDIKS

1. Masalah appendiks yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh kesalahan pola pemakanan, tetapi lebih didominasi oleh sesuatu tekanan (stress/jiwa tertekan).

penyakit appendik

DARAH TINGGI

2. Darah tinggi bukan hanya disebabkan terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tetapi kerana kesalahan seseorang dalam mengurus emosinya.

periksa darah tinggi

KOLESTEROL TINGGI

3. Kolesterol yang tinggi sebenarnya bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tetapi akibat dari rasa malas yang berlebihan menyebabkan lemak terkumpul dan berlapis.

malas

ASMA

4. Asma bukan hanya disebabkan bekalan oksigen ke paru-paru terganggu, tetapi kerana sering merasa sedih yang menyebabkan paru-paru tidak stabil.

lelah, asma. asthma

DIABETES

5. Diabetes atau kencing manis bukan kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi juga kerana sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

diabetes, kencing manis

PENYAKIT HATI

6. Penyakit hati (liver ) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tetapi sifat yang suka bersangka buruk kepada orang lain (suudzon). Justeru itu ianya boleh merosakkan hati kita.

masalah hati

SAKIT JANTUNG

7. Penyakit jantung pula bukan sahaja disebabkan oleh aliran darah ke jantung tersumbat, tetapi ianya juga disebabkan jarangnya bersedekah. Sifat ini membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

penyakit jantung

Sebenarnya masih banyak lagi penyakit-penyakit yang berpunca daripada ROHANI. Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana 4 masalah berikut:

  • Spiritual sebanyak 50%
  • Psikologi sebanyak 25%
  • Sosial sebanyak 15%
  • Fizikal sebanyak 10%

Ianya bertepatan dengan firman ALLAH di dalam Surah As-Syuura 42: 30-31 yang bermaksud:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah”.

Oleh itu, jika kita ingin selalu sihat, kita hendaklah memperbaiki diri kita dan fikiran kita. Cuba menghindari penyakit yang melibatkan hati, hasad dengki, iri hati, pendendam, suka menfitnah, ghibah, riak, ujub, ego, sedih, marah, takbur, sombong, angkuh dan lain-lain lagi.

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. Sila share kepada kawan-kawan anda dan keluarga jika anda fikirkan ianya berfaedah.

Cara Membuat Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan (Mykad & MyPR)

Melawa Lawan Portugis Guna Senjata Api, Bukan Parang

Tentera Melaka Melawan Portugis Menggunakan Senjata Api, Bukan Hanya Keris atau Senjata Tajam Lain Seperti Yang Kita Dengar Sebelum Ini.