in ,

Confirm Tak Senang Duduk Peragut Ni. Nampak Jelas

Kes Ragut Sogo

Zaman sekarang kes ragut semakin menjadi-jadi. Kejadian ragut boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja. Orang ramai semakin merasa tidak selamat walaupun berjalan di tengah-tengah kesibukan dengan orang ramai yang lain kerana peragut ada di mana-mana.

Kejadian terbaru yang menjadi tular adalah di mana seorang wanita menjadi mangsa ragut ketika melintas jalan di lintasan pejalan kaki di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Jika kita amati video itu, siapapun tidak akan menyangka bahawa penunggang motosikal itu adalah peragut.

Melalui Facebook Imran Hakim, dia dengan tidak sengaja telah merakam satu kejadian dimana seorang wanita diragut oleh seorang penunggang motosikal. Video yang dirakam menunjukkan bagaimana keadaan yang biasa itu tiba-tiba dikejutkan dengan kes berkenaan.

Siapapun tidak menyangka bahawa peragut berada di sekitar mereka. Namun peragut sendiri juga tidak menyangka bahawa pada masa yang sama perbuatannya dirakam secara tidak sengaja oleh seeorang. Mungkin dia merasakan dia berjaya memperolehi sesuatu yang berharga namun dia sendiri seolah-olah menjadi berharga kepada pihak berkuasa.

Kepada Sang Peragut, kamu dah popular, seluruh keluarga kamu malu jika mereka tahu. Apatah lagi jika sudah berkahwin dan ada anak. Zaman media sosial masakan tidak tahu bukan? Kami yang jauh juga dapat melihat apa yang kamu lakukan.

peragut tular
Lelaki yang meragut kelihatan bersahaja melalui laluan pejalan kaki

Apakah nasibnya? Mungkin dia masih bersembunyi atau telah ke dalam. Sama-sama kita berharap pelaku akan dikenakan tindakan sewajarnya. Nasib baik wanita berkenaan tidak terjatuh atau mengalami kecederaan yang lebih serius.

Nasihat daripada kami kepada kaum wanita di luar sana, jika anda keluar berjalan-jalan janganglah memakai apa-apa aksesori demi keselamatan. Biarkan kosong je. Pakailah ketika di rumah sahaja. Kerana zaman sekarang terlalu ramai yang terdesak untuk kepentingan sendiri. Jika pakai sekalipun, biarlah tidak dilihat oleh orang lain.

Apa komen anda? Sila SHARE dan LIKE ye. Selalulah masuk dan layari ke Page dan Web kami di Suka Viral. Terima kasih.

Sumber:Imran Hakim

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

dosa isteri pada suami

20 Dosa Isteri Terhadap Suami Jangan Diambil Mudah

dosa suami terhadap isteri

10 Dosa Suami Terhadap Isteri