in ,

Perbuatan ini Dilaknat Allah & Rasul! Tetapi Ramai Wanita Menganggap Perkara Biasa & Sering Melakukannya

Allah Melaknat Wanita Yang Melakukan Ini

Memang nyata masih lagi ramai kaum wanita yang belum memahami dan mengerti tentang perkara-perkara yang dilarang Rasulullah SAW ini. Mungkin telah ada yang tahu dan faham akan larangan tersebut tetapi beranggapan ianya adalah sesuatu yang mudah atau remeh temeh, akhirnya larangan Allah SWT ini tetapi dilanggar seperti sengaja.

Terkadang mereka yang memakai tudung mengikut hukum pun masih lagi melakukannya walaupun menyedari itu adalah larangan. Sedangkan, perbuatan tersebut bukan saja diharamkan oleh Allah tetapi turut diberi ancaman yang sangat mengerikan dan sebuah laknat yang kadarnya hampir disamakan dengan zina.

hukum wanita pakai minyak wangi
Berwangi-wangian adalah kesukaan kaum wanita

Hukum Pakai Minyak Wangi

Larangan tersebut adalah memakai wangian atau perfume ataupun minyak wangi sewaktu keluar rumah. Apatah lagi sekiranya tujuannya memakai wangian tersebut supaya bau-bauan itu dapat dihidu atau dicium oleh lelaki yang bukan muhrimnya atau lebih jelas lagi bukan suaminya.

Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

“Wanita mana saja yang memakai minyak wangi kemudian melalui pada suatu kaum supaya mereka mencium bau parfum itu maka perempuan itu telah berzina” (HR. An-Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ahmad. Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ , no. 323 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Sabda Baginda lagi:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِقَوْمٍ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِىَ زَانِيَةٌ

“Wanita mana saja yang memakai minyak wangi lalu melewati suatu kaum supaya mereka mencium bau perfume itu maka perempuan itu telah berzina” (HR. Ahmad)

Kadang-kala, ketika diingatkan supaya tidak menggunakan perfume ketika keluar rumah, umumnya wanita akan berdalih dengan beberapa alasan. Apa jua alasan, jika dilakukan berlebih-lebihan akan mengundang laknat Allah dan rasul-Nya.

Namun begitu terdapat pendapat lain. Memang benar, akan tetapi yang dimaksud hadis tersebut adalah wangian untuk keluar rumah dan lelaki yang mencium wanginya akan menyebabkan bangkitnya syahwat.

hukum wanita berwangi wangian
Memakai wangian yang harum semerbak untuk suami diharuskan.

Al-Munawi Rahimahullah berkata:

“Wanita jika memakai wangian kemudian melewati majlis (sekumpulan) lelaki maka ia boleh membangkitkan syahwat lelaki dan mendorong mereka untuk melihat kepadanya. Setiap yang melihat kepadanya maka matanya telah berzina. Wanita tersebut mendapat dosa kerana memancing pandangan kepadanya dan membuat hati lelaki tidak tenang. Jadi, ia adalah penyebab zina mata dan ia termasuk pezina.” (Faidhul Qadir, 5:27, Makatabah At-Tijariyah, cet. 1, 1356 H, Al-Maktabah Asy-Syamilah)

Islam memang tegas dalam hal ini, mengingatkan sangat besarnya fitnah wanita terhadap lelaki. Bahkan jika sudah terlanjur memakai wangian kemudian hendak ke masjid, seorang wanita diperintahkan mandi agar tidak tercium bau semerbaknya. Padahal tujuan ke masjid adalah untuk beribadah.

Rasulullah SAW bersabda:

أيما امرأة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد لم تقبل لها صلاة حتى تغتسل

“Perempuan manapun yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid, maka solatnya tidak diterima sehingga ia mandi.” (Hadits riwayat Ahmad, 2:444. Syaikh Al-Albani menilainya shahih dalam Shahihul Jami’, no.2703)

Ada wangian yang boleh bagi perempuan. Larangan di atas bukan bermaksud perempuan tidak boleh memakai wangian sama sekali atau dibiarkan berbau tak sedap.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW:

إن طيب الرجال ما خفي لونه وظهر ريحه ، وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه

“Wangian seorang lelaki adalah yang tidak jelas warnanya tapi tampak bau harumnya. Sedangkan wangian perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak.” (HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman, no.7564; hadits hasan. Lihat: Fiqh Sunnah lin Nisa’, hlm. 387)

Oleh kerana itu, jika wangian dengan wangi sedikit/samar atau untuk sekadar meneutralkan bau, (misalnya: deodoran), maka boleh. Selain itu, jika untuk suami, silakan berwangi seharum mungkin. Perlu diperhatikan bahawa perfume wanita warnanya jelas.

hukum wanita memakai minyak wangi
Bau minyak wangi juga mampu membangkitkan syahwat lelaki.

Al-Munawi rahimahullah berkata:

وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه) قالوا: هذا فيمن تخرج من بيتها وإلا فلتطيب بما شاءت

“Maksud dari ‘wangian perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak’. Ulama berkata, ‘Ini bagi perempuan yang hendak keluar dari rumahnya. Jika tidak, ia boleh memakai perfume sekehendak hatinya.” (Syarh Asy-Syama’il, 2:5)

Maksud bagi ayat di atas ialah seseorang wanita boleh memakai minyak wangi jika mahu keluar rumah, dengan syarat baunya hanya sekadar meneutralkan bau sahaja dan tidak kuat sehingga mampu menarik perhatian lelaki.

Tetapi sekiranya wanita tidak keluar dari rumah, dia boleh saja memakai seberapa banyak ia mahu pakai dengan syarat tidak ada lelaki yang bukan mahramnya di dalam rumah. Hanya terdapat saudara lelaki ataupun suami.

Semoga kita berhati-hati dalam adab berhias agar terhindar daripada dosa yang boleh menyebabkan kita mendapat seksaan api neraka daripada Allah. Semoga bermanfaat.

Wallahualam.

Sumber: Abu Hasyim Asy’ari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Majikan Tidak Lagi Boleh Menghantar WhatsApp Selepas Waktu Bekerja

10 Amalan Yang Kita Lakukan Tetapi Sia Sia

10 Amalan Yang Kita Lakukan Tetapi Hanya Sia-Sia