in ,

Perdana Menteri Luluskan Bantuan Prihatin Elektrik. 7.66 Juta Pengguna Dapat Manfaat

bantuan prihatin elektrik

Dikhabarkan Perdana Menteri telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Ini bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta pengguna.

Berapa PM Luluskan Bantuan Prihatin Elektrik Ini?

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52.2% atau seramai 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan menikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Bantuan yang diluluskan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020. Ianya akan disalurkan menerusi bil elektrik bagi bulan Julai 2020.

Baca – Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Secara One Off

Sumber: Bernama menerusi Roti Kaya

Semoga bil elektrik kita yang mencanak-canak naik sebelum ini, akan dapat balik dan sekurang-kurangnya meringankan beban kita. Manakan tidak, kenaikan yang kita alami bukan biasa-biasa.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 One Off. Daftar Online Sekarang!

1000 jemaah

Hanya Sekitar 1000 Jemaah Haji Dibenarkan Pada Tahun Ini