in ,

Kelantan Melaksanakan Perintah Berkurung Kepada Remaja Di Waktu Malam?

Perintah Berkurung Untuk Remaja

Ada cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung kepada remaja di Kelantan pada waktu malam.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad selaku MUFTI Kelantan bersetuju jika kerajaan negeri melaksanakan perintah berkurung ke atas remaja di negeri Kelantan pada waktu malam. Ini berikutan timbulnya berbagai masalah yang telah dilakukan oleh para remaja berada pada tahap yang membimbangkan.

Cadangan perintah berkurung terhadap remaja boleh mengatasi berbagai masalah yang ditimbulkan oleh golongan remaja di negeri ini. Jika mahu dilaksanakan, kajian terperinci harus dilakukan kerana perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan penjagaan oleh ibu bapa.

lumba haram
Lumba haram adalah antara masalah besar kepada remaja masakini

Mohamad Shukri berkata:

“Sememangnya, tiada keperluan untuk remaja keluar pada waktu malam dan jika ibu bapa itu kuat (mampu), mereka boleh mengawal anak.

“Tapi jika ada peraturan yang lebih ketat dibuat oleh kerajaan, ia boleh membantu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk membuat ulasan berkenaan dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi, ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2019 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, semalam.

Beliau ditanya samada sekatan itu sebenarnya menyekat kebebasan para remaja atau tidak, Mohamad Shukri berkata setiap kebebasan ada had dan atasnya.

Beliau menambah bahawa setiap kerajaan boleh membuat peraturan demi menjaga kemaslahatan rakyat dan peruntukan Islam yang diberi kepada sesebuah kerajaan.

Jika peraturan itu dilaksanakan sedikit sebanyak akan membantu ibubapa di segi kawalan terhadap pergerakkan anak-anak mereka yang kadangkala terlepas kawalan.

Zaman sekarang, ramai anak-anak muda tidak kira lelaki peremppuan, ada yang tidak mendengar nasihat ibubapa. Ada yang gemar berada di luar setiap malam dan hanya pulang lewat malam atau awal pagi semata-mata kerana berseronok.

Apa jua keputusan sesebuah kerajaan, jika ianya mendatangkan kebaikan, kita perlu menyokong. Walau bagaimanapun tidak semua akan menyokongnya. Setiap cadangan dan perlaksanaan sesuatu arahan itu tetap mempunyai pro dan kontra.

Sumber: HM

Kek Cokelat Kukus

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap

RESEPI KARIPAP RANGUP

Resepi Karipap Rangup Sampai Petang