in , ,

Perkara Yang Perlu Anda Elak Ketika Mandi

Perkara Yang Perlu Dielak Ketika Mandi

Setiap orang tidak lari daripada aktiviti mandi. ianya bertujuan untuk kebersihan diri dan kesegaran. Mandi juga akan mengurangkan risiko dihinggapi penyakit bawaan kuman dan bakteria.

Mandi ketika berpeluh terutama selepas melakukan pelbagai aktiviti harian yang memenatkan membantu menyegarkan permukaan kulit dan menyegarkan badan.

Namun kajian mendapati tabiat membersihkan diri secara keterlaluan boleh merosakkan mikrob sihat yang baik hidup dalam badan manusia. Untuk pengetahuan anda, mikrob perlu dikekalkan dalam eko sistem tubuh sebagai perlindungan bagi sistem imun, pencernaan dan jantung.

Semua orang akan mandi tetapi jangkamasa mereka mandi adalah tidak sama.

Pakar Dermatologi dari Metairie, Louisiana AS, Dr Patricia Farris berkata, apabila umur meningkat, kelenjar minyak lebih terbuka. Ia akan menyebabkan kelembapan kulit akan lebih cepat hilang.

Beliau menyarankan agar individu tidak mandi terlalu lama sehingga melebihi 10 minit. Ia bertujuan agar kerosakan pada kulit dan rambut tidak berlaku.

Berikut disenaraikan 6 tabiat perlu dikikis ketika anda mandi atau membersihkan diri.

1. Kurang Membersihkan Kaki Dengan Teliti.  Individu disarankan agar menggosok badan termasuk membersihkan dan mengeringkan kaki setiap hari. Gunakan sabun yang lembut dan anda perlulah membasuh di celah-celah jari kaki. Ia akan membantu mengurangkan bau kaki selain merendahkan risiko jangkitan kulat.

Kerapkan mencuci dicelah-celah jari kaki anda.

2. Membiarkan Span Basah Di Dalam Bilik Air Secara Tidak Betul.  Menurut pakar, tabiat meninggalkan span basah di dalam bilik air menggalakkan pembiakan bakteria yang terus hidup di sel kulit mati yang terdapat pada span tersebut.

Kulit mati merupakan makanan bakteria apatah lagi dalam keadaan suhu yang lembap akan meningkatkan kadar pembiakannya. Seeloknya gantung dan keringkan span tersebut bagi mencegah jangkitan bakteria.

3. Mengeringkan Badan Dengan Tuala Yang Kasar.  Mengesat badan dengan tuala yang kasar boleh menjejaskan tekstur kulit yang lembut dan akan menyebabkan kulit menggelupas. Cara terbaik adalah mengesat badan dengan lembut dengan menggunakan tuala yang gebu.

Gunakan tuala yang lembut

4. Terlalu Kerap Menggunakan Sabun Dan Syampu.  Tidak sah seseorang itu ketika mandi jika tidak meratakan sabun ke seluruh badannya. Begitu juga dengan rambut. Tidak lengkap mandi pada hari itu jika tidak mencuci rambut dengan syampu kegemaran.

Namun sedarkah anda bahawa mandi terlalu kerap dan lama menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya. Apatah lagi jika mandi dengan air suam. Sebab itulah kebanyakan portal kesihatan menyarankan kita agar penggunaan mandian yang bersifat organik dan kurang berbuih.

Ramai dikalangan kita suka mencuci rambut setiap hari. Untuk pengetahuan, pakar penjagaan kecantikan menyarankan agar kita hadkan mencuci rambut kepada dua kali seminggu bagi mengekalkan pengeluaran minyak semula jadi yang dapat mengembalikan kelembapan kulit.

Hadkan mencuci rambut menggunakan syampo sebanyak dua kali seminggu

5. Suka Mengelak Mandi Dengan Air Sejuk.  Tindakan anda mandi dengan air panas sebenarnya membantu menenangkan diri. Namun yang demikian, sentuhan air sejuk tidak boleh dinafikan sebagai terapi yang baik bagi tubuh.

Kajian mendapati siraman air sejuk pada bilasan akhir yang dikenakan selama 30 saat pada tubuh kita, akan membantu memperbaiki toleransi terhadap tekanan (stress), menguatkan sistem imun bdan, meningkatkan pembakaran lemak dan ada juga kesan anti-kemurungan.

6. Kerap Bungkus Rambut.  Tiada kajian yang mengatakan bahawa tabiat seseorang membungkus rambut dengan tuala selepas mandi boleh menyebabkan kepala menjadi botak. Namun tindakan tersebut boleh mengakibatkan tekanan dan kerosakkan pada akar rambut. Adalah memadai mengelap rambut dengan lembut selain membelai hujung rambut. Kemudian biarkan rambut kering secara semula jadi.

Jangan amalkan membungkus rambut selepas mandi

Semoga kita semua mengubah cara mandi kita selepas ini. Semoga ianya menambahkan lagi kesihatan dan kesegaran tubuh badan kita.

Sumber: Sehat Metro

Pembahagian Daging Qurban

Pembahagian Daging Qurban Yang Perlu Diketahui

Dunia Dilanda Kemarau Pada 2019 - 2022?

Kemarau Panjang Akan Melanda Dunia Pada Tahun 2019 Hingga 2022 – Apakah Petandanya?