in

Permainan PUBG Menghina Islam Secara Halus

Permainan yang sangat popular dan terkenal kontroversi Player Unknown’s Battleground atau PUBG telah meimbulkan rasa tidak puas hati serta kemarahan umat Islam apabila menghasilkan ‘kotak hadiah’ yang menyerupai Kaabah.

Apa yang anda lihat? Banyak lagi kan bentuk kotak yang mereka boleh buat. Photo: i1.wp.com

Reka cipta yang dipilih oleh syarikat permainan dari Korea Selatan itu lebih mendatangkan kejengkelan memandangkan latar belakang permainan tersebut menjurus ke aras kegan4san, melibatkan senjata untuk memb_nuh. Lebih kurang ajar ialah kotak berupa ‘Kaabah’ itu boleh ditemb4k oleh senj4ta.

Macam tidak ada benda lain hendak dibuat. Photo: i1.wp.com

PUBG yang sangat popular ini telah diharamkan di beberapa bandar di India bagi melindungi anak–anak daripada perilaku g4nas. Difahamkan ramai yang ditahan kerana bermain permainan tersebut.

Sebagai tindak balas, pemain-pemain game dari kalangan Muslim melancarkan kempen #boycottPUBG.

Banyak pemain dan peminat game telah memadam permainan tersebut, malah terdapat petisyen yang mendesak permohonan maaf oleh syarikat yang mengasaskan permainan itu.

Selepas ratusan hantaran kemarahan diterima, PUBG Mobile telah mengambil tindakan mengubah reka bentuk kotak hadiah tersebut serta mengambil pendekatan memohon maaf secara terbuka.

Tidak dapat dipastikan sama ada reka bentuk yang menyerupai Kaabah tersebut benar–benar disengajakan. Tidak hairan juga jika mereka sengaja kerana Korea Selatan yang terdiri daripada peratusan besar penduduknya yang beragama Kristian merupakan antara hub misionari terbesar dunia yang memiliki sentimen Islamofobia.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018, gerakan 4nti Muslim Korea melarang pembinaan surau bergerak untuk kemudahan pelancong-pelancong muslim.

Baru – baru ini, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa agar permainan PUBG diharamkan oleh pihak berkuasa kerana “membentuk generasi muda yang menyukai aktiviti gan4s. Namun tidak diketahui apakah perkembangan terbaru berkaitan hal berkenaan.

Kepada muslim, kalau mahu bermain game apa sekalipun, harap-harap lebih sensitif jika mereka cuba menghina agama kita secara halus. Bukan itu saja, kita dilalaikan dengan permainan yang sedemikian dan ada yang menyebabkan perselisihan dalam rumahtangga.

Sumber: Fakir Ilmu

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Resepi agar-agar santan

Resepi Agar-Agar Santan

Kereta Lelong

24 April 2019 – JPJ Seberang Jaya Akan Lelong Kereta Serendah RM700. Jom Serbu!!