in ,

Permohonan Kad Pengenalan Gantian Akibat Kehilangan

Penggantian Kad Pengenalan Hilang

Mengikut statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara, sebanyak 1,076,224 Mykad dilaporkan hilang sejak tahun 2016 sehingga ogos 2018. Bayangkan tidak sampai 3 tahun, lebih sejuta MyKad telah hilang.

Berikut adalah pecahan ke atas kehilangan MyKad:

  • Kecuaian pemilik – 820,858 kehilangan
  • Kes Jenayah – 242,863 kehilangan
  • Bencana – 12,503 kehilangan

JANGAN BUAT LAPORAN POLIS PALSU JIKA KEHILANGAN KAD PENGENALAN

Sekiranya anda kehilangan MyKad, jangan sesekali membuat laporan palsu atas kehilangan MyKad anda. Sekiranya anda didapati bersalah kerana membuat laporan palsu, anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM2000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

KADAR DENDA

1. Warganegara.  Bayaran Hilang bagi MyKad atau MyTentera Sahaja.

JADUAl PEMBAYARAN 4A

KehilanganBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama10.00100.00110.00
Kali Kedua10.00300.00310.00
Kali Ketiga & Seterusnya10.001,000.001,010.00

2. Bukan Warganegara. Bayaran Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.

JADUAL PEMBAYARAN 4B

KehilanganBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
Kali Pertama40.00100.00140.00
Kali Kedua40.00300.00340.00
Kali Ketiga & Seterusnya40.001,000.001,040.00

NOTA:

1. Bagi kes kehilangan kali ketiga selain denda, pihak JPN juga akan melakukan siasatan terperinci dalam tempoh sehingga 90 hari sebelum MyKad baharu dikeluarkan.

2. Untuk kes-kes kehilangan yang berpunca daripada jenayah, bencana, golongan kurang upaya (OKU), warga emas, fakir miskin dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah diberikan pengecualian denda dan hanya perlu membayar RM10 sahaja.

BACA JUGA: Permohonan Kad Pengenalan Bagi Kanak-Kanak 12 Tahun

PERMOHONAN GANTIAN MYKAD/MYTENTERA ATAU MYPR/MYKAS

Sesiapa sahaja yang kehilangan kad pengenalannya hendaklah segera memohon kad pengenalan gantian. Ianya berpandukan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon dikehendaki hadir di mana-mana kaunter JPN; atau

2. Memohon gantian kad pengenalan yang hilang secara online melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad”. Jika permohonan melalui online, pembayaran hanya melalui kad kredit sahaja.

3. Permohonan secara online hanya bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Sila hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.

2. Kemukakan laporan polis sama ada kehilangan disebabkan faktor jenayah ataupun kecuaian.

3. Dalam laporan polis perlu dinyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

DOKUMEN SOKONGAN

Sila bawa dokumen sokongan dalam bentuk salinan asal dan salinan seperti berikut:

1. Bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU):

  • Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
  • Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli; atau
  • Penghulu;atau
  • Ketua Kampung;atau
  • Ketua Kaum;atau
  • Pejabat Daerah;atau
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

2. Bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam:

  • Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat; atau
  • Penghulu; atau
  • Ketua Kampung; atau
  • Ketua Kaum; atau
  • Pejabat Daerah; atau
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya. Laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

BACA JUGA: Permohonan Lewat Untuk Membuat Kad Pengenalan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua kerana kehilangan kad pengenalan jangan diambil mudah kerana berpandukan Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), kehilangan kad pengenalan hendaklah dibuat pemggantian segera.

Sumber: JPN

Cuti Tahun 2019

Cuti Umum Tahun 2019 (Kalendar Cuti Sekolah Malaysia)

5 Panduan & Petua Imam Syafie Untuk Kesihatan Yang Kita Sering Lupa