in ,

Permohonan Kad Pengenalan / Mykad Ketika Usia 12 Tahun

Panduan Mohon Mykad Kali Pertama Ketika Usia 12 Tahun

Masih ada lagi ibu bapa yang tidak mengetahui bagaimana dan bila perlu membawa anak mereka untuk membuat kad pengenalan. Biasanya bagi ibu bapa yang kali pertama untuk berbuat demikian. Sila baca entri di bawah.

Semua Warganegara dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalannya semasa kanak-kanak lagi iaitu apabila mencapai umur 12 tahun. Ianya adalah bertepatan dengan Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

kali pertana, buat mykad
Di Malaysia, kanak-kanak yang mencapai usia genap 12 tahun diwajibkan mendaftar untuk membuat Mykad

SYARAT UNTUK PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi membolehkan seseorang itu membuat kad pengenalan:

1. Pemohon mestilah telah genap berumur 12 tahun, tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
2. Pemohon hendaklah hadir ke Pejabat JPN bersama dengan Penganjur atau Penjaga.
3. Borang Permohonan JPN.KP01 – Dapatkan di kaunter JPN dan pastikan borang itu telah diisi dengan lengkap.
4. Pemohon wajib membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh umur genap 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
5. Jika penganjur selain daripada kategori di atas, surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan terhadap pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

NOTA:

  • Penganjur adalah Ibu atau bapa
  • Penjaga adalah datuk atau nenek, ibu saudara atau bapa saudara, kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.

BACA: Panduan Membuat Permohonan Lewat Kad Pengenalan

PROSEDUR UNTUK PERMOHONAN

Penganjur dikehendaki membawa pemohon datang ke Kaunter JPN dengan membawa dokumen asal yang perlu dikemukakan.

DOKUMEN

1. Dokumen Pemohon Yang Perlu Dibawa (Dokumen Asal / Original) semasa membuat permohonan adalah:

  • Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
  • Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. Dokumen Penganjur Yang Perlu Dibawa (Dokumen Asal / Original) semasa membawa pemohon untuk membuat permohonan adalah:

  • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga)
  • Bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, hendaklah membawa bersama surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

BAYARAN

UmurBayaran Permohonan (RM)Bayaran Proses (RM)Jumlah Bayaran (RM)
12 tahun hingga 12 tahun 30 hariPercumaPercumaPercuma
12 tahun 30 hari hingga 13 tahunPercuma10.0010.00
13 tahun 1 hari hingga 14 tahunPercuma10.0010.00
14 tahun 1 hari hingga 15 tahunPercuma10.0010.00
15 tahun 1 hari hingga 16 tahunPercuma10.0010.00

BORANG PERMOHONAN

Sila dapatkan borang asal di Kaunter JPN. Borang yang disediakan di dalam bpog ini hanyalah sebagai panduan anda sahaja dan anda tidak digalakkan menggunakannya. Sila gunakan borang asal.

Borang Permohonan JPN.KP01

Sumber: JPN

Dua Beranak Hidup Daif

Sedih Tengok Dua Beranak Ni Hidup Serba Kekurangan. Duit Simpanan Nak Buat Rumahpun Pernah Kena Sebat

Cara Membuat Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan (Mykad & MyPR)