in ,

Perompak Saman Pemilik Kedai Kerana Cedera Semasa Merompak

Macam-macam dunia akhir zaman ni. Pencuri pun mendapat pembelaan dan mangsa pula menjadi mangsa keadaan. Inilah yang berlaku akhir-akhir ini. Alasannya adalah undang-undang. Memang kita faham undang-undang tiada siapa yang boleh membantah. Tapi siapa yang menggubal undang-undang? Manusia kan? Jadi fikir-fikirkanlah supaya orang takut nak mencuri.

Kosmo melapurkan, di Cavan, Ireland, seorang pencuri telah memfailkan saman ke atas pemilik sebuah kedai di bandar Kingscourt selepas dia cedera pada skrotum (cari kat google) semasa melakukan jenayah pecah masuk ke premis berkenaan.

© Kosmo

Pemilik premis itu, Kevin Victory berkata, dia menerima sepucuk surat daripada peguam yang mewakili pencuri itu yang menuntut pampasan kerana klien beliau mengalami kecederaan ketika berada di dalam kedainya.

Menurut laporan, tiga lelaki menggunakan tukul untuk memecah masuk ke dalam kedai Centra milik Victory pada November 2015. Bagaimanapun, rompakan itu gagal kerana mereka ditahan polis.

Salah seorang suspek cedera pada skrotum sewaktu cuba melarikan diri daripada polis. Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan. kesemua mereka (tertuduh) dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

© Kosmo

Victory memberitahu stesen RTE Radio One bahawa kumpulan pencuri itu menyebabkan kerosakan kedianya bernilai €3,000 (RM14,400) selain merosakkan televisyen litar tertutup yang merakam kejadian jenayah itu.

Sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Farid Kamil Mempunyai Pertalian Darah Dengan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj – Soffi Jikan

Semasa Manusia Sakit, Allah Kirimkan 4 Malaikat Mendatangi Manusia. Nak Tahu Sebab, Sila Baca.