in

Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC Satu Persinggahan – Khalid Ali

perpindahan sumareh ke police tero fc

Lagenda bola sepak tanah air Khalid Ali berpendapat perpindahan Sumareh ke Police Tero FC yang mengejutkan semua pihak dianggap sebagai satu persinggahan sementara sebelum menyertai pasukan seterusnya.

Menurut komen yang dipetik dari BERNAMA, Khalid menyifatkan perpindahan Sumareh ke Police Tero FC itu sebagai suatu ‘tempoh bertenang’ selepas Sumareh menamatkan kontrak bersama pasukan Pahang mengikut klausa 8.7. Seterusnya menjadikan penghijrahannya ke Liga Thailand diselubungi misteri dan kontroversi.

Perpindahan Sumareh ke Police Tero FC

Khalid Ali merasakan ada perancangan tersusun lain disebalik tindakan berani Sumareh,25, meninggalkan pasukan yang bertanggungjawab menaturalisasikan beliau.

Perpindahan atau tindakan Sumareh itu membolehkan beliau bebas untuk memilih pasukan baru tanpa perlu membayar sebarang yuran perpindahan.

Sumareh ke Police Tero FC
Sumareh akan menyertai seorang lagi pemain dari Malaysia iaitu Dominic Tan. Foto: Instagram

“Saya tidak mahu menunding jari, tetapi ini mungkin satu strategi yang rapi,” katanya kepada BERNAMA.

“Ini cara beliau beralih ke pasukan lain, kita panggil ‘cooling period‘. Perpindahan beliau ke Thailand bersifat sementara dan selepas tamat tempoh bertenang itu, beliau akan kembali bermain dengan pasukan diidami.

Khalid yang merupakan bintang bolasepak era 80-an itu berfikiran bahawa berkemungkinan ini bukan perancangan Sumareh, tetapi merupakan satu taktik untuk beliau agar dapat bermain dengan pasukan baru yang mungkin telah berunding dengannya (Sumareh).

Muhamadou Sumareh mempunyai baki kontrak sehingga 2022 bersama pasukan Pahang. Sejurus saingan Liga Malaysia bersambung semula pada 28 Ogos lalu, pemain itu didapati tidak beraksi dalam beberapa aksi Liga Super bersama pasukan itu.

Sebelum ini media tempatan melaporkan kemelut antara Sumareh dan PBNP adalah disebabkan kegagalan PBNP membayar gaji pemain itu. Kegagalan itu menyebabkan Sumareh menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland membuat tuntutan sehingga lebih RM1 juta ke atas pasukan Pahang.

Khalid mengakui dalam konteks masalah pembayaran gaji pemain, setiap pemain mempunyai impian beraksi bersama pasukan yang mampu menjamin masa depan mereka.

Khalid sendiri mengakui sebagai pemain bola sepak, beliau sendiri lebih suka bermain dengan pasukan yang boleh memberikan dirinya masa depan yang baik.

PENUTUP

Dalam kes perpindahan sumareh ke Police Tero FC ini, admin boleh meneka pasukan mana yang dikatakan oleh Khalid Ali sebagai destinasi akhir Sumareh selepas tamat Liga Thaland itu. Kita tengok siapa yang kena! – Suka Viral

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

eira aziera

Akhirnya Eira Aziera Tampil Mohon Maaf dan Ini Kata Kata Beliau

Kakak Baju Kuning Tampil Bersama 2 Peguam, Eira Dikenakan Tindakan Ini