in

Pertemuan Bersejarah Menteri Agama Dengan Dr. Zakir Naik Di Kuala Lumpur

Pertemuan 2 Tokoh Agama

Muslim adalah kekal satu! Muslim dipersaudarakan dengan kalimah tauhid. Inilah detik pertemuan bersejarah Menteri Agama dengan Dr. Zakir Naik hari ini di Kuala Lumpur.

Dipetik dari facebook Ustaz Abu Hafiz Salehuddin dan beliau menghantar mesej berikut:

Ustaz Abu Hafiz

Apabila saya diminta membantu mempertemukan antara YB Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Zakir Naik bagi menjernihkan apa yang telah berlaku melalui media sosial dan salah faham penggunaan bahasa yang dimanipulasi saya tidak bertangguh.

Alhamdulillah, kurang seminggu pertemuan ini berjaya dijalankan dengan sangat berjaya, sebentar tadi.

Semoga mereka dapat bekerjasama

Moga pertemuan ini menambahkan lagi kerjasama dan kemeriahan dakwah di Malaysia.

Allahu Akbar wa lillahi al-Hamd!

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada salah faham selama ini terhadap Dr. Zakir Naik.

Abu Haifz (berkaca mata hitam) bersama kedua-dua tokoh tersebut

Dengan harapan dakwah yang dijalankan tiada halangan mana-mana pihak lagi. Islam tidak menindas agama lain. Jika berlaku ia datangnya dari individu tertentu.

Semoga perbincangan mereka menjurus ke arah memartabatkan islam di negara ini

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Abu Hafiz kerana memainkan peranan yang sangat mulia ini sehingga berjaya mempertamukan dua tokoh ini yang akhir-akhir ini ditularkan dengan berbagai cerita panas.

Layanan istimewa dari Menteri Agama.

Tanpa usaha seperti ini, mungkin tiada jalan penyelesaian yang baik melainkan penularan berita-berita yang boleh menjejaskan imej islam sendiri.

Apa komen anda tentang pertemuan ini? Jom lawati facebook kami @Suka Viral.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Suka Viral

resepi kek marble sukatan cawan

Resepi Kek Marble Coklat dan Red Velvet Plus Coklat

Hukum Solat Memakai Singlet

Hukum Menunaikan Solat Hanya Dengan Memakai Singlet