in , ,

Pertolongan Cemas

Rawatan Pertolongan Cemas

Mempunyai pengetahuan tentang pertolongan cemas sangat penting. Ianya memudahkan kita memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja ketika kecemasan. Bagi mereka yang pernah mengalami situasi kecemasan terutama kepada keluarga sendiri, mereka tahu betapa pentingnya jika ada pengetahuan tentang itu.

PERTOLONGAN CEMAS

pertolongan cemas
Belajar asas pertolongan cemas adalah perlu bagi setiap individu

1. Pertolongan cemas merupakan rawatan kecemasan yang diberikan dengan segera sebelum bantuan atau perawat yang bertauliah tiba. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun tanpa latihan perubatan dengan peralatan yang minimum.

Definisi Pertolongan Cemas

2. Suatu pertolongan yang diberikan kepada pesakit sebelum mendapat rawatan daripada pakar (doktor) atau sebelum ketibaan pasukan perubatan atau ambulan.

Tujuan Pertolongan Cemas

3. Berikut adalah antara tujuan pertolongan cemas:

  • Menyelamatkan nyawa.
  • Mengurangkan kesakitan.
  • Mengelakkan keadaan pesakit daripada bertambah buruk.
  • Mendapatkan bantuan doktor/pasukan perubatan seterusnya menghantar pesakit ke hospital.
jenis pertolongan cemas
Rawatan awal diperlukan sebelum ketibaan pasukan perubatan

Prinsip Pertolongan Cemas

4. Antara prinsip-prinsip pertolongan cemas adalah seperti berikut:

  • Menentukan saluran pernafasan pesakit dalam keadaan baik.
  • Memberi bantuan pernafasan (Memulihkan pernafasan).
  • Memulihkan pengaliran darah (melakukan tatacara CPR jika jantung terhenti).

Sifat-Sifat Sebagai Penolong Cemas

5. Antara sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yang memberi pertolongan cemas ialah:

  • Berfikiran waras dan tenang.
  • Berpengetahuan tentang perkara tersebut.
  • Berkebolehan melakukannya.
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Bertanggungjawab dan bertimbang rasa.

PEMULIHAN DAN RAWATAN

PENGSAN

6. Satu keadaan di mana badan tidak dapat menerima perasaan tindabalas akibat dari kecederaan atau gangguan pada saraf otak seperti terperanjat, terlalu takut, keletihan dan lain-lain lagi.

gambar pertolongan cemas
Longgarkan pakaian pesakit yang pengsan

7. Pemulihan dan rawatan untuk mangsa yang pengsan adalah seperti berikut:

  • Bersihkan saluran pernafasan mangsa.
  • Longgarkan pakaian terutama di bahagian leher, dada dan pinggang.
  • Jika pernafasan berkurangan atau terhenti, berikan permulihan pernafasan.
  • Berikan rawatan berdarah jika berdarah.
  • Berikan kepanasan yang sesuai.
  • Baringkan pesakit menelentang serta tinggikan bahagian kaki dari kepala tetapi jangan lakukan kepada pesakit yang cedera di bahagian kepala dan dada.
  • Jika pesakit sedar bawa ke tempat selamat dan beri kata-kata semangat.
  • Hantar pesakit ke hospital dengan segera.

SESAK NAFAS

8. Sesak nafas terjadi disebabkan kekurangan oksigen di dalam darah, tisu-tisu darah dan dalam paru-paru seperti lemas dalam air, tersedut asap dan tercekik.

rawatan kecemasan
Sesak nafas akibat tercekik

9. Kaedah rawatan bagi sesak nafas adalah seperti berikut:

  • Bawa pesakit ke tempat yang selamat.
  • Pastikan saluran pernafasan pesakit bersih.
  • Jika pernafasan berkurangan atau berhenti berikan permulihan pernafasan.
  • Berikan rawatan berdarah jika berdarah.
  • Berikan kepanasan yang sesuai.
  • Baringkan pesakit menelentang serta tinggikan bahagian kaki dari kepala tetapi jangan lakukan kepada pesakit yang cedera di bahagian kepala dan dada.
  • Elakkan orang ramai daripada menggelilingi pesakit.
  • Hantar pesakit ke hospital dengan segera.

LEMAS

10. Lemas terjadi disebabkan oleh kekurangan oksijen di dalam darah, tisu-tisu darah dan dalam paru-paru.

tujuan pertolongan cemas
Jika pernafasan berkurangan atau berhenti berikan permulihan pernafasan kepada mangsa lemas

11. Kaedah rawatan jika kepada mangsa lemas adalah seperti berikut:

  • Pesakit dibaringkan menangkup dan penolong mengangkat punggungn pesakit supaya kepalanya menunam ke bawah, ulangkan perbuatan ini beberapa kali supaya air keluar.
  • Pesakit diangkat (dipikul) dan henjutkan beberapa kali sehingga air keluar, setelah air habis keluar, baringkan pesakit menelentang.
  • Jika pernafasan berkurangan atau berhenti berikan permulihan pernafasan.
  • Hantar mangsa ke hospital dengan segera.

RENJATAN

12. Renjatan adalah keadaan di mana gagalnya sistem penting di dalam tubuh badan menjalankan tugasnya yang mana kurangnya penghantaran oksigen ke otak dan saluran badan menyebabkan tekanan darah turun ke bawah paras normal.

memberi rawatan kecemasan
Keadaan di mana gagalnya sistem penting di dalam tubuh badan berfungsi akan menyebabkan renjatan

13. Kaedah rawatan adalah seperti berikut:

  • Bawa pesakit ke tempat selamat.
  • Beri kata semangat bertujuan mententeramkan jiwa pesakit.
  • Longgarkan pakaian di bahagian leher, dada dan pinggang.
  • Bersihkan saluran pernafasan.
  • Beri kepanasan yang bersesuaian dengan minuman yang menyegarkan.
  • Jangan beri minuman kepada pesakit yang tidak sedar diri, cedera kepala, dada dan perut memadai basahkan bibir pesakit.
  • Baringkan pesakit menelentang serta tinggikan bahagian kaki dari kepala. Jangan lakukan jika pesakit cedera di bahagian kepala dan dada.
  • Hantar pesakit ke hospital dengan segera.

TERBAKAR DAN MELECUR

14. Terbakar adalah kerosakan tisu disebabkan oleh haba kering yang mana banyak kehilangan plasma dan mengakibatkan kekeringan.

15. Melecur adalah kerosakan tisu disebabkan oleh kepanasan dan lembab (haba basah) yang dinamakan terbakar basah menyebabkan kemusnahan plasma.

nota pertolongan cemas
Melecur (kiri) dan terbakar (kanan)

Agen-Agen Terbakar

16. Haba Kering. Agen-agennya adalah seperti berikut:

  • Api.
  • Besi panas.
  • Elektrik.
  • Geseran.
  • Pancaran Sinar X yang berlebihan.

17. Haba Basah. Agen bagi kepanasan basah adalah seperti berikut:

  • Air panas.
  • Minyak panas.
  • Wap panas.
  • Cecair kimia yang terbakar.
  • Cecair Kimia. Antara cecair kimia adalah:
  • Alkali.
  • Asid.
rawatan kecemasan
Berikan kata-kata semangat dan berikan minum banyak air

18. Cara Rawatan adalah seperti berikut:

  • Bawa mangsa ke tempat selamat dan letakkan pada kedudukan yang selesa.
  • Tutup bahagian yang cedera dengan kain yang kering dan bersih.
  • Jangan tanggalkan kain yang melekat pada bahagian yang terbakar.
  • Jangan diusik dan dipecahkan bahagian yang menggelembung.
  • Beri minum dengan banyak.
  • Beri kata-kata semangat.
  • Boleh dijirus dengan air yang sejuk untuk menyurangkan kepanasan bahagian yang terlibat,
  • Jangan sapu sebarang losyen yang tidak berkenaan kecuali jika ada ‘antiseptic’.
  • Hantar mangsa ke hospital dengan segera

VIDEO PERTOLONGAN CEMAS

PENUTUP

Dengan mengetahui darjah dan tafsiran kecelakaan kepada pesakit seseorang perawat akan berkeyakinan untuk memberi bantuan di peringkat permulaan. Artikel ini juga boleh dijadikan sebagai nota pertolongan cemas. Carilah ilmu agar ilmu yang ada ada pada diri kita memberi manfaat kepada orang lain.

Sumber: Risalah Medical Corpman

tips elak ditipu scammer

Tips Elak Anda Ditipu Oleh Macau Scam

Khasiat Pucuk Ubi Kayu

Khasiat Pucuk Ubi Kayu (Menurunkan Berat Badan)