in , ,

Petua Halau Tikus Paling Berkesan – Anda Harus Mencubanya

Petua Menghalau Tikus Yang Sangat Berkesan

Rumah banyak tikus dan anda pening sebab tikus tidak pernah pupus walaupun ada yang terkena perangkap. Kalau mencampurkan racun dengan makanan pula tikus akan mati di merata tempat. Akhirnya bau busuk satu rumah.

Jika tahan perangkap yang ada getah, kadang-kadang getah tersebut melekat-lekat di lantai dan menyusahkan anda untuk mebersihkannya. Tikus tetap juga membiak dan bermaharajalela dalam rumah terutamanya bila kita tiada di rumah atau diwaktu malam.

cara bunuh tikus
Tikus yang terkena racun.

Nak upah PEST CONTROL, tentu banyak modal yang perlu dikeluarkan. Jadi seeloknya anda cuba kurangkan kos anda. Anda boleh dapatkan secara percuma di kawasan sekeliling rumah anda sahaja.

Tahukah anda bahawa ada cara lain untuk menghalau tikus tanpa perlu membunuhnya. Anda harus tahu bahawa tikus takut kepada beberapa jenis hasil daripada tanaman. Tanaman-tanaman ini sangat berkesan untuk menghalau tikus yang ada di rumah anda.

Kesemuanya berfungsi dengan cara menghindarkan tikus dari datang ke rumah anda. Tikus memang tidak menyukainya.

1. BUAH MENGKUDU

cara ampuh mengusir tikus dalam rumah,
Buah mengkudu mampu menghalau tikus

Kebanyakan orang tahu bahawa buah mengkudu sangat bermanfaat untuk merawat berbagai jenis penyakit samada digunakan secara tradisional mahupun moden.

Mamun masih ramai yang tidak mengetahui bahawa buah mengkudu juga membantu mengelakkan kehadiran tikus ke rumah anda. Bagaimana untuk menghalaunya dengan buah mengkudu?

Senang saja. Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan yang belum masak. Mungkin yang sudah tua atau sedang-sedang sahaja. Potong 4 hingga 6 bahagian dari sebiji buah mengkudu.
Kemudian letakkan di penjuru rumah atau kawasan yang menjadi laluan tikus.Tikus tidak akan melalui lagi kawasan tersebut.

2. DAUN PUDINA

cara ampuh mengusir tikus dapur
Halau tikus dengan daun pudina

Seperti buah mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada manusia. Aroma daun pudina juga sebenarnya mengancam tikus walaupun ianya digemari oleh manusia sebagai sebahagian ramuan di dalam masakan atau dijadikan ulaman.

Apa anda harus buat? Daun pudina hendaklah ditumbuk atau kisar sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan tapis. Masukkan air tapisan daun pudina ke dalam botol penyembur.

Sembur di sekeliling rumah anda atau kawasan yang selalunya menjadi laluan tikus. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3. DAUN DURIAN BELANDA

daun durian belanda halau tikus
Daun durian belanda juga sangat tidak disukai oleh tikus

Ambik beberapa helai daun durian belanda dam letakkan di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak daun lagi bagus. Sebelum diletakkan di mana-mana laluan tikus, siat-siatkan atau ramas-ramas daun durian belanda tersebut supaya keluar bau.

Tikus tidak menyukai bau yang terhasil dari daun durian belanda. Pastikan anda menggunakan daun yang agak tua supaya ianya tahan dengan lebih lama dan baunya tidak disukai tikus.

NOTA: Daun durian belanda bukan hanya mencegah kehadiran tikus, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah anda sebagai sebagai habitat mereka juga akan mula lari.

4. DAUN PANDAN

halau tikus paling berkesan,
Daun pandan mempunyai agen pewangi semulajadi dan tidak disukai oleh tikus

Daun pandan adalah pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Selain itu juga, tikus sangat tidak menyukai bau daun pandan. Carik-carikkan daun pandan atau gunting dan letakkan di tempat yang sering dilalui tikus.

5. DAUN SEMAMBU

tips halau tikus,
Daun semambu atau daun mambu boleh menghalau tikus selain mengubati demam campak

Selain digunakan untuk merawat demam campak, daun semambu juga tidak disukai oleh tikus. Hanya letakkan di laluan tikus.

6. BUAH JERING

cara tradisional mengusir tikus
Buah jering

Dapatan jering yang ada tangkai. Kemudian letakkan jering terserbut berserta tangkainya di mana-mana laluan tikus. Biarkan sehingga kering.

7. LADA HITAM

halau tikus dengan lada hitam,
Lada hitam juga tidak disukai oleh tikus

Tumbukkan lada hitam atau dapatkan yang serbuk. Kemudian anda taburkan lada hitam yang ditumbuk tadi atau serbuk di tempat yang ada tikus atau laluan tikus.

8. BUAH PONG PONG

cara halau tikus dengan berkesan,
Buah pong-pong beracun dan tidak disukai tikus

Buah Pong-Pong juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Letakkan Pong-Pong di kawasan yang disyaki ada tikus atau laluan tikus. Biasanya tikus tidak akan datang lagi ke situ. Anda harus berhati-hati kerana buah Pong-Pong beracun. Jangan sesekali dimakan.

9. TUTUP LALUAN MASUK TIKUS

halau tikus
Lubang-lubang hendaklah ditutup terutama diwaktu malam

Tutup semua laluan tikus supaya tidak dapat masuk ke dalam rumah. Pastikan tiada ruang yang membolehkan tikus lolos. Jangan lupa juga meletakkan kesemua yang disebutkan di atas dilaluan tikus.

10. KEBERSIHAN RUMAH

petua halau tikus cara islam,
Menjaga kebersihan adalah penting untuk mengelak tikus memasuki rumah anda

Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih. Buang sampah atau sisa makanan ke dalam tong sampah bertutup setiap hari. Pastikan sumber makanan tidak dapat dicuri oleh tikus. Sentiasa memeriksa tempat-tempat yang boleh menyebabkan tikus membiak kerana tikus membawa penyakit.

Pendek kata kesemua yang dinyatakan di atas sangat sesuai dipraktikkan. Anda juga kena berdoa agar tikus tidak masuk ke rumah dan jauhi penyakit. SELAMAT MENCUBA.

Sumber: Sirap Limau

Pengalaman Pilot TUDM

Pilot TUDM Menceritakan Pengalamannya Bawa Mat Sabu (Menteri Pertahanan)

Daftar Haji Percuma Melalui Akaun KWSP

Daftar Haji Tanpa Deposit (RM1300) Melalui Akaun KWSP