in , ,

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi & Kanak-Kanak

Petua Menghilangkan Batuk dan Selsema Pada Bayi

BAGAIMANA CARA KITA NAK MELEGAKAN BATUK DAN SELSEMA UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK?

Kesian kita tengok anak-anak jika mereka batuk dan selsema. Lebih-lebih lagi anak-anak yang masih dalam kategori bayi. Apa lagi, meragamlah dia. Maklumlah nak menyusu, nak tidur semuanya terganggu kerana selsema dan batuk. Batuk pula lengkap dengan berkahak.

Petua hilangkan selsema baby,
Anak akan meragam kerana mereka tidak selesa jika diserang selsema

Selain dari diberi makan ubat, mungkin tips yang akan kami kongsikan ini dapat membantu anda sebagai ikhtiar untuk melegakan batuk, berkahak dan selsema pada bayi atau anak anda. Anda boleh memilih cara yang paling sesuai dan serasi dengan anak anda. SELAMAT MENCUBA.

1. SENTIASA BERSAMA ANAK ANDA
Banyakkan sentuhan dan pelukan pada anak anda. Bercakap-cakap dengan anak anda dan bawa anak anda berjalan-jalan di kawasan sekeliling rumah untuk mendapatkan udara segar. Pantau perkembangan anak anda. Bawalah berjumpa doktor jika keadaannya bertambah teruk atau tiada perubahan.

2. PASTIKAN ANAK ANDA CUKUP REHAT
Jika anak tidak sihat pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Elakkan anda bercampur ada berada di tempat awam. Cuba sedaya upaya mengelakkan dari orang ramai kerana anak akan merasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama. Ia juga untuk mengelakkan virus itu tersebar kepada kanak-kanak lain.

petua hilangkan batuk bayi 4 bulan,
Pastikan anak anda mendapat rehat yang cukup dan posisi tidurnya dijaga.

3. PASTIKAN RUMAH, PERKAKAS DAN PAKAIAN SENTIASA BERSIH
Berikan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan kepada anak anda. Walaupun pada mata kasar rumah kita nampak bersih, sila lakukan pemeriksaan dan pembersihan dari segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk pada kipas perkakas dan persekitaran rumah mungkin menjadi penyebab kepada selsema pada anak anda. Pastikan lantai sentiasa bersih. Bersihkan (MOP) dengan air panas bercampur Dettol. Basuh cadar, sarung bantal dan sebagainya yang difikirkan perlu.

4. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK
Pastikan rumah dan bilik mendapat peredaran udara yang baik. Pastikan setiap pagi pintu dan tingkap dibuka supaya mendapat pengaliran udara yang baik serta mendapatkan udara segar.

5. TEPUK PERCUSSION
Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN
Masukkan air panas ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan bawang putih (yang telah dibakar dan ditumbuk) serta sedikit minyak zaitun. Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk tadi. tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Insya Allah, selsema anak akan cepat kering dan batuknya akan lega. Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion seperti yang disebut di atas. Anda boleh juga lakukan tanpa menggunakan bawang putih dan minyak zaitun.

7. IBU DIKEHENDAKI MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
Petua untuk menghilangkan batuk bukan hanya tertumpu pada anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu hendaklah mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam sup tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan dan berfungsi sebagai penawar. Berikan susu dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selsema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan disebabkan anak anda batuk dan selsema.

petua hilangkan selsema bayi,
Jangan sesekali menghentikan penyusuan disebabkan anak anda tidak sihat.

8. KUNYIT
Penggunaan kunyit merupakan petua tradusional untuk melegakan batuk. Caranya adalah, tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. Insya Allah, selepas beberapa kali percubaan, hingus akan kering.

9. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS
Ini juga petua melegakan batuk secara tradisional. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, sila cuba petua ini. Campurkan bunga belimbing dengan air didihan nasi. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIRIH
Perah daun basil (daun selasih), daun oregano (daun bangun-bangun) dan dauh sirih. Ambil patinya dan beri anak anda minum dalam sesudu. Ia juga sesuai untuk anak yang sudah makan makanan pejal.

11. MANDIAN LEMON
Mandian lemon juga dapat melegakan batuk dan mengeringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian anak. Bau lemon tersebut dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

Petua hilangkan hingus,
Mandian lemon mampu mengeringkan hingus bayi anda

12. LEMON, HALIA DAN MADU
Perah lemon, hiris halia dan masukkan madu. Pastikan madu dan lemon meliputi halia. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Berikan pada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas untuk diminum.

13. MINYAK MASAK
Selain digunakan untuk memasak, minyka masak juga boleh digunakan apabila anak anda batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada anak bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat. Insya Allah ada perubahan.

14. DAUN KADUK
Selain boleh dimakan sebagai ulam, daun kaduk juga boleh digunakan untuk merawat batuk dan selsema pada bayi. Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu di dada dan belakang bayi.

15. URUTAN BAYI
Jadikan urutan pada bayi sebagai rutin setiap kali selepas mandi. Kajian menunjukkan bahawa urutan mampu memberikan keselesaan kepada bayi. Bayi yang selalu diurut sangat senang dijaga kerana jarang meragam. JANGAN mengurut ketika bayi sedang menangis.

Petua hilangkan batuk dan selsema bayi,
Urutan pada bayi

16. STOKIN BAWANG PUTIH (GARLIC SOCK)
Bakar bawang putih, umbuk dan letakkan di dalam stoking anak.

17. MINYAK BAWANG PUTIH
Bakar bawang putih, tumbuk atau lenyek. Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan. Sapu di dada anak untuk melegakan pernafasan.

18. SPRAY HIDUNG
Spray hidung boleh didapati di farmasi dan klinik. Ia membantu anak anda mengeluarkan hingus kerana anak tidak lagi pandai mengeluarkan hingus mereka sendiri. Anda juga boleh sedut hingus anak sendiri dengan mulut.

Semoga petua-petua di atas dapat melegakan atau menghilangkan batuk dan ianya memberikan manfaat. Mudah-mudahan anak-anak kita cepat sembuh dari batuk dan selsema yang merimaskan. Insya Allah

Sumber: Sirap Limau

KJ Tak Setuju Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

KJ Tidak Bersetuju Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai – “Banyak Lagi Cara Lain”

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit Diperingkat Permulaan